Tempohari Aza dah kongsi dengan semua Timewise Luminious-wear Liquid Foundation, kali ini Aza nak kongsi pula Timewise Matte-wear Liquid Foundation yang di hasilkan khas untuk wanita-wanita yang memiliki kulit jenis kombinasi - berminyak
Menariknya foundation ini ianya membantu mengawal minyak agar solekan kita kekal cantik dan smooth.
Setelah Aza menggunakan Timewise Miracle Set Skincare, Alhamdulillah kulit dah kembali ke kulit asal iaitu kombinasi. So foundation pun dah bertukar..he..he..inilah keistimewaan produk Mary Kay ianya di hasilkan mengikut keperluan jenis kulit kita dan kulit kita sentiasa terjaga.Apa yang penting ianya berasaskan mineral yang melindungi kulit kita dan tidak menyumbat pori-pori kita.
Kedua-dua jenis foundation Mary Kay mempunyai fungsi dan keistimewaan tersendiri.
Aza kongsikan sedikit tentang keistimewaan Timewise Luminious-wear Liquid Foundation ini.
FAKTA
👉Mikrosfera khas bertindak sepanjang hari untuk menyerap minyak supaya mekap tidak berasa atau nampak tebal
👉Warna yang tahan lama kekal seperti asal, tahan pindahan dan kelembapan
👉Kulit tampak lebih tegang, muda dan sihat apabila kehadiran garis halus, kedutan dan pori dikurangkan secara
👉Kulit segera tampak lebih matte. Untuk kesempurnaan tanpa cela, gunakan dengan Liquid Foundation Brush
👉Kulit ialah satu struktur kompleks yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Lapisan dermis yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit, mengandungi kolagen yang memainkan peranan kritikal dalam memperkuat sokongan kulit.
👉Matte-Wear Liquid Foundation dirumus dengan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk membantu kulit
mengekalkan penampilan muda remaja.
MANFAATNYA
🔹 Kulit segera tampak lebih matte
🔹 Mengawal minyak dan kilatan sepanjang hari
🔹Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat
🔹Secara ketaranya mengurangkan garis halus dan kedutan
🔹Secara ketaranya mengurangkan penampilan pori
🔹 Meningkat baik keadaan kulit secara keseluruhan
🔹 Mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara
🔹 Warna kekal seperti asal selepas berjam-jam
🔹 Memberikan kemasan matte yang tahan lama kepada kulit
🔹 Tidak melekat dalam garis halus
🔹 Mengurangkan penampilan lingkaran hitam dan bebayang secara ketara
🔹 Tahan pindahan dan tahan kelembapan
🔹 Formula ringan yang dapat disapu rata dan licin
BAHAN-BAHAN
🔸Dimethicone
-Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok
penampilannya.
🔸Vitamin E (Tocopheryl
Acetate)
-Dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit .
🔸Palmitoyl Oligopeptide and
Palmitoyl Tetrapeptide-7
-Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan
mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja.
🔸Silica
-Mineral ultrahalus sangat poros yang bertindak seperti span, menyerap minyak supaya kulit
kelihatan matte tanpa berasa berat.
🔸Lauryl Methacrylate/Glycol
Dimethacrylate Crosspolymer
- Mikrosfera khas yang memaksimumkan kebolehan formula untuk mengawalminyak.
CARA PENGGUNAAN
🔸Boleh disapu dengan Mary Kay® Liquid Foundation Brush, aplikator span atau hujung jari. Jika menggunakan berus, tekan bedak asas ke atas telapak tangan, celupkan berus di atasnya dan sapu ke seluruh muka dengan strok dari dalam ke luar dan dari atas ke bawah.
🔸Liquid Foundation Brush direka khas untuk memudahkan pemakaian, dengan bulu berus berlilin yang memegang bedak dengan sempurna serta mudah mencapai garis bentuk muka.
Bagi yang memiliki kulit jenis kombinasi hingga berminyak dan tercari-cari produk yang membantu mereka mengawal kilatan.Mungkin produk Timewise Luminious-wear Liquid Foundation ini dapat membantu anda..
Salam perkongsian dari Aza untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment