Friday, 8 May 2015

TIMEWISE® MIRACLE SET ®





TIMEWISE® MIRACLE SET®



Salam pagi yang indah, cuaca sejuk nyaman setelah malam tadi hujan selebatnya turun menyimbah bumi, berkat nikmat Allah setelah beberapa minggu cuaca panas kering...pagi-pagi begini terasa sunyi bila anak-anak sekolah. Sekejap lagi baru bangun melangkah ke dapur menyediakan juadah makan tengahari untuk keluarga....berdebar-debar rasanya menantikan kelahiran zuriat ke-3 dua bulan lagi, semoga segalanya di permudahkan nanti...Amin.

Ok...hari ini Aza nak kongsi dengan semua tentang set penjagaan wajah yang mula-mula Aza miliki.
 Timewise® Miracle Set ialah koleksi produk penentang usia.Sesuai untuk wanita yang tercari-cari produk Anti-penuan. 

Hari ini Aza nak share sedikit info mengenai produk Timewise® Miracle Set ini.

TAHUKAN KITA?

* Proses penuaan semula jadi kulit biasanya bermula ketika kita berusia 20- an. 

* Apabila kulit semakin tua, kadar pembaharuannya mula perlahan. Kulit menjadi lebih kering, kurang tegang, kurang berseri. 

*Faktor luaran seperti dedahan kepada stress persekitaran seperti pencemaran selalunya mencepatkan lagi proses penuaan kulit. 

FAEDAHNYA

1. Menunjukkan pengurangan garis halus dan kedutan


2. Peningkatan sehingga 25% dari segi keanjalan kulit


3. Mempunyai kulit yang lebih lembut dan lebih halus


4. Mempunyai nada kulit yang lebih sekata



Keistimewaan TimeWise® Cleanser 

* Menggabungkan faedah antipenuaan dengan tiga fungsi penting penjagaan kulit dalam satu produk  
supaya menyerlahkan kulit agar nampak lebih muda iaitu :

1) Membersih, 
2) Mengelupas
3) Menyegarkan 

*Manik pembersih lembut dalam TimeWise® cleansers menanggalkan sel kulit mati melalui pengelupasan. 

*Kompleks berpaten  dalam TimeWise® mengurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan semula jadi kulit.

Keistimewaan TimeWise® Moisturizer

* Dirumus dengan sebatian humektan eksklusif, ditambah dengan antioksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas supaya kelihatan licin dan berseri.  

* Kompleks berpaten * dalam TimeWise® moisturizers mengurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan semula jadi kulit. 

* Satu sebatian humektan impian dalam TimeWise® Age- Fighting Moisturizer memastikan kulit sentiasa lembap. 

Keistimewaan TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF35
& TimeWise® Night Solution 

* Bertindak bersama-sama untuk menyediakan Pronewal System sepanjang masa dengan perlindungan penting pada siang  hari dan menggalakkan pembaharuan pada waktu malam. 

TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF35

Bahan botani penuh khasiat dalam TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF35, membantu mencergaskan sel kulit sementara penghalang matahari UVA dan UVB membantu melindungi kulit daripada ancaman matahari. 

TimeWise® Night Solution

Peptida, agen antipenuaan dalam TimeWise® Night Solution merangsang kolagen untuk melicin dan menegangkan kulit. Ini yang menariknya dengan TimeWise® Night Solution membantu menengangkan kulit wajah agar kelihatan lebih muda remaja.






 
CARA RUTIN PEMAKAIANNYA

1- TimeWise® Cleanser 

2- TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF35 (untuk siang )


& TimeWise® Night Solution (untuk malam)

3- TimeWise® Moisturizer


* Cadangan pemakaian adalah pada waktu pagi dan malam hari.


Inilah wajah Aza hasil dari penggunaan  Timewise® Miracle Set ...Alhamdulillah banyak perubahan pada wajah Aza.

Ini gambar Aza tahun 2013 dan 2014.....




Ini pula gambar Tahun 2015











No comments:

Post a Comment