Saturday, 2 May 2015

TIMEWISE® MICRODERMABRASION SET





TIMEWISE® MICRODERMABRASION SET 


Hari ini cuti panjang kita semua, tapi sememangnya Aza sentiasa bercuti cuma tak pernah bercuti dari rutin harian sebagai Ibu dan juga Isteri. Selamat Hari Pekerja dan Wesak.

Cuti panjang, riuh rendah dengan anak-anak dan anak-anak buah yang berkumpul di rumah mentua, maklumlah rumah mentua Aza sebelah rumah sahaja. Memang meriah suasana rumah bila semua berkumpul maklumlah 10 orang cucu semuanya, 8 darinya adalah lelaki yang lasak-lasak semuanya. Sekejap nanti menangis, sekejap nanti terjerit-jerit adakala ketawa kegembiraan. Seronok melihat zaman kanak-kanak. Terasa rindu nak jadi kanak-kanak semula...he..he...

Suami dah pam angin dalam kolam plastik untuk mereka semua berendam main air, nak buat kolam di rumah belum masuk dalam budget lagi...he..he...bayangkan 10 orang di dalam kolam mainan plastik tapi nasib baiklah Aza beli yang saiz besar yang sememangnya muat untuk mereka beramai-ramai.

Sementara mereka sibuk bermain, hari ini Aza nak kongsi dengan semua 1 set produk yang cukup Aza suka. 

Kenapa Aza suka yer???? Jom ! kita baca sedikit keistimewaannya...

  

FAEDAH & PERAKUAN


1) Menambahbaikan dari segi tekstur kulit 

2) Mengurangkan garis halus 

4) Pori kelihatan lebih kecil 


BAGAIMANA IA BERTINDAK 

A) Langkah 1: Refine

* pengelupas termaju yang segera mencergaskan kulit untuk menampilkan permukaan yang lebih berseri dan tampak sihat. Losen putih berkrim ini mengandungi hablur pengelupasan:
 * Mengisi dan menyuburkan kulit dari bawah melalui penambahan mikro peredaran. Proses ini membawa oksigen ke atas kulit untuk merangsang peredaran bagi menyerlahkan kulit yang tampak sihat dan berseri.
* Mengecilkan pori dengan cara menanggalkan sel kulit mati yang terbentuk secara semula jadi di dalam dan di sekeliling tepi setiap pori.

B) Langkah 2: Replenish

 * segera diserap ke dalam kulit untuk melicin dan melembutkannya.Serum lavender berwarna- warni yang ringan ini.
* Memberi khasiat dan menyuburkan kulit dari atas dengan Mary Kay® triple tea complex yang eksklusif.
* Membantu proses peremajaan dan melindungi kulit daripada bahan cemar persekitaran.
* Menenangkan kulit dan membantu mengembalikan keseimbangan.
* Menyediakan kulit untuk langkah penjagaan kulit seterusnya. 

RAMUAN UTAMA

1) Alumina Pengelupas:
 Digunakan untuk menanggalkan sel kulit mati di permukaan secara lembut. 

2) Triple-tea complex (Ekstrak daun Camellia) 
a) Antioksidan: 

Terkenal sebagai penghapus radikal bebas, ramuan ini dimasukkan ke dalam produk untuk membantu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang dijana oleh persekitaran.
b) Agen Penenang: 

Terkenal dengan ciri menenang dan menenteramkan.
c) Agen Penyegar: 

Bertindak sebagai astringen lembut. 

CARA PEMAKAIANNYA

  1) Microderm Step 1 ,

a) Gunakan 2-3 kali seminggu.

b) Selepas membersih, sapukan sedikit TimeWise® Microdermabrasion Step 1: Refine dengan mengurut ke seluruh muka dengan hujung jari. (seperti memakai scrub)

c) Bilas bersih dengan air suam, keringkan dengan cara menekan-nekan.
2) Microderm Step 2 ,

a) Gunakan setiap hari.

b) Sapukan seluruh wajah selepas penyegar.


** Jangan diikuti dengan produk rawatan akne.
** Kurangkan kekerapan pemakaian untuk kulit yang manja/halus.


Apa yang menariknya lagi produk ini adalah Microderm Step 2 ini boleh membantu menenangkan kulit wajah yang merengsa atau kemerah-merahan akibat pemakaian produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah kita atau pun kulit wajah yang kekeringan akibat kurangnya kelembapan pada wajah.

Merengsa atau kemerah-merahan pada kulit wajah ini biasanya menyebabkan wajah pedih, panas dan kering dan biasa di kalangan kita menggelarkannya kulit sensatif kerana sehinggakan kita memakai pencuci atau pelembap juga kita terasa pedih atau panas-panas sedikit.

Aza memang sukakan produk ini kerana ianya juga membantu mengecilkan pori-pori.








No comments:

Post a Comment