Monday, 4 May 2015

TIMEWISE® MOISTURE RENEWING GEL MASK


TIMEWISE® MOISTURE RENEWING GEL MASK 

Sejak beberapa bulan ini negara kita mengalami cuaca panas yang agak kering, rata-rata di kalangan kita merunggut dengan keadaan cuaca yang panas. Sesungguhnya setiap yang Allah berikan pada kita ini adalah nikmat dariNya.

Banyak aktiviti sekolah terutama di sekolah anak sulung Aza, Nazmi terpaksa di batalkan atas faktor untuk menjaga kebajikan dan kesihatan anak-anak.

Dengan cuaca begini, aza juga terasakan bahangnya. Kulit muka Aza mudah kering walau rutin harian pelembap tak pernah tinggal. Erm...nampak gayanya tak cukup kelembapan.

Ramai juga yang bertanya tentang masalah sun burn dan juga kulit yang terasa kering nak-nak lagi bila senyum terasa ketat di bahagian tepi mulut dan pipi.

Dalam keadaan begini Aza suka dengan produk Mary Kay yang satu ini...apa dia yer??????

Mary Kay  TimeWise® Moisture Renewing Gel Mask adalah produk yang Aza suka kerana produk ini jugalah antara koleksi terawal yang Aza miliki kerana di awal-awal Aza mengenali Mary Kay, Aza memiliki kulit kombinasi yang lebih kepada kering, mudah mengelupas di bahagian pipi, tepi mulut dan tepi hidung sehinggakan boleh di kopek dengan tangan. Memakai foundation pastinya tidak rata, jadi ketika itu Aza tidak suka bersolek kerana hasilnya akan bercapuk. Merengsa dan pedih memang akan Aza alami jika memakai foundation (ketika itu belum lagi mengenali produk Mary Kay Foundation ).  

Mary Kay  TimeWise® Moisture Renewing Gel Mask ini dapat memberikan kelembapan tambahan kepada kulit kita lebih menariknya kita boleh memakainya sepanjang malam ketika tidur, bila bangun pagi pastinya akan terasa kulit wajah lembut, segar dan lebih bermaya. Kulit-kulit kering juga akan mula berkurangan. 

Ketika cuaca panas begini Aza akan pastikan memakainya 2 kali seminggu untuk memberikan kelembapan yang secukupnya untuk kulit wajah Aza.

Jom kita lihat secara ringkas apa yang menariknya dengan Mary Kay  TimeWise® Moisture Renewing Gel Mask ini .

FAKTA:  

1. Kulit wajah yang kurang mendapatkan kelembapan secukupnya, garis-garis halus dan kedutan akan kelihatan lebih ketara seperti ' buah epal yang semakin hari hilang kelembapannya akan mula berkedut'

2. Semua wanita perlukan produk yang membantu memberikan kelembapan pada wajah mereka termasuklah wanita yang memiliki jenis kulit berminyak.

3. Kelembapa yang cukup pada wajah akan melambatkan proses tanda-tanda penuaan pada wajah kita.


 KESAN PENGGUNAANNYA

1.  Membantu kulit kelihatan lebih licin 

2. Keanjalan kulit  dipertingkatkan  

3. Kulit  berasa lebih tegang

4. Kulit  kelihatan lebih muda

5.Membantu mengurangkan garis halus
  
6. Kulit lembap serta-merta 



RAMUAN UTAMA DAN FUNGSINYA 


A) Natrium Hialuronat 



* Menarik dan mengekalkan lembapan Gliserin Emolien yang membantu menyeimbangkan serta mengekalkan paras lembapan dalam kulit 

B) Ekstrak Biji Berangan



*Membantu menegang dan menenangkan kulit serta memperkuat perintang  kulit  

C) Vitamin B3 (Niasinamida) 



Dikenal pasti dapat memperkuat perintang kulit  

D) Ekstrak Acai Berry (Euterpe Oleracea) 



*Antioksidan kuasa terbesar yang meneutralkan radikal bebas pada kadar potensi 80 kali lebih kuat berbanding Teh Hijau  

E) Vitamin E (Tokoferol Asetat) 



*Antioksidan dengan faedah menenangkan kulit  

F) Skualena 



*Bertindak sebagai pelincir pada permukaan kulit supaya kulit kelihatan lebih licin dan lembut  

G) Sebatian botani yang terdiri daripada Chamomile (Bunga Anthemus Nobilius), Lavandin (Lanandula Hybrid), Rosemary (Rosemarinus Officinalis), Rosewood (Aniba Rosaiodora) dan Geranium (Pelargonium Graveolens) 



*Memberikan haruman aromatik yang menyegarkan

CARA PENGGUNAANNYA

 1. Urut secara lembut ke dalam kulit setelah menggunakan pelembap.



2. Elakkan bahagian mata dan mulut sebagaimana anda lakukan ketika memakai masker,



3. Biarkannya semalaman.



Sesiapa yang telah mencuba pasti menyukainya kerana sebaik sahaja di sapu ke wajah, kita akan terasa sejuk dan nyaman, terutama bagi kulit wajah yang terasa pedih atau merengsa akibat kekurangan kelembapan pada wajah.



Selamat Mencuba, anda pasti menyukainya...





No comments:

Post a Comment