Friday, 8 May 2015

BOTANICAL EFFECTS™ SKIN CARE – FORMULA 2 (KULIT NORMAL/KOMBINASI)



BOTANICAL EFFECTS™ SKIN CARE – FORMULA 2 (KULIT BIASA)

Malam ini dengan anak-anak sahaja.Suami masih di tempat kerja.Anak-anak riuh rendah bermain sekejap ketawa sekejap nanti menangis....lasaknya anak-anak lelaki. Tapi merekalah penyeri hidup , anugerah Allah tidak ternilai.

So sementara ada masa terluang ini Aza nak share dengan semua produk skincare Mary Kay yang paling popular.

Botanical Effect Formula 2 ini amat sesuai untuk wanita yang memiliki jenis kulit normal atau kombinasi.Sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari remaja seawal 13 tahun. Zaman sekarang umur 13 tahun pun ramai remaja dah menitik beratkan penjagaan wajah untuk kelihatan sentiasa menarik.

Botanical Effect Skincare ini juga di kenali set penjagaan wajah yang membantu menyeimbangkan kulit sebelum meneruskan rejimen penjagaan wajah seterusnya.

Bagaimana pula kita nak membezakan antara kulit normal dan kombinasi yer ????

1. Kulit Normal



Kulit jenis biasa (normal) kelihatan halus dan bersih.

Jenis kulit normal memerlukan penjagaan yang ringkas. 

Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau kering, dan ianya biasanya kurang mengalami sebarang masalah kulit.

Pori juga hampir tidak kelihatan.

Pastinya amat beruntung untuk wanita yang memiliki jenis kulit wajah begini.

2. Kulit Kombinasi



Kulit jenis ini biasanya licin, lembut dan lembab apabila disentuh. 

Kulit jenis ini pula terbahagi dua (2) 

a) Kombinasi lebih kepada kering 

b) Kombinasi lebih kepada berminyak. 

Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. 

Masalah masalah biasa yang mungkin di alami oleh mereka yang memiliki wajah jenis kombinasi ini ialah:



  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead ( Milia Seed )

Jom kita baca sedikit fakta ringkas tentang produk Botanical Effect Formula 2 yang sesuai untuk dua (2) jenis kulit ini ...

FAKTA RINGKAS 

1) produk hipoalergenik dan

2) bebas dari pewarna sintetik dan wangian tambahan. 

KESAN PENGGUNAANNYA 


✔ Ia meninggalkan kulit berasa sihat 

✔ Ia mencergaskan kulit

✔ Meninggalkan kulit biasa — walaupun ia sensitif — berasa seimbang.

 ✔ Ia meninggalkan kulit berasa segar dan dibersih dengan terperinci 

✔ Ia menambahbaikan penampilan kulit secara keseluruhannya 

 RAMUAN UTAMA

A) Kompleks botani istimewa 

1) Silymarin (buah tistel susu) 

 - Antioksidan berkuasa yang membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit. 

2) Luo Han Guo 

- Juga dipanggil buah “kelanjutan usia”, ianya dikenali dengan mengandungi antioksidan mujarab dan turut dipercayai membantu menggalakkan kulit yang sihat.

 3) Ekstrak Bunga Kemboja 

- Bunga kemboja dikenali untuk faedah menenang dan melegakan dan ia juga antioksidan yang membantu melindungi daripada tekanan persekitaran. 

4) Ekstrak Bunga Teratai 

- Sejenis antioksidan, bunga teratai dilaporkan sebagai sumber mineral yang penting untuk kulit sihat. 

BUTIRAN PRODUK DI DALAM SET BOTANICAL EFFECT FORMULA 2

 ♥Pencuci : 

 Mencuci, mengelupas dan menyegarkan dalam satu langkah dengan berkesan. Menanggalkan solekan dan kekotoran tanpa menghilangkan elemen penting kulit. Meninggalkan kulit berasa bersih dan lembut. Formula tidak kering memberikan penampilan kulit yang sihat. 

♥Penghidrat: 

 Meresap cepat dan memberi penyeimbangan kulit. Meninggalkan kulit berasa terhidrat. Penampilan kulit lebih sihat dan berasa sihat dan segar. Tidak berasa berminyak. 

 ♥Masker: 

 Sapukan jumlah yang mencukupi pada muka bersih, elakkan kawasan mata dan mulut. Tinggalkanselama 10 minit. Tanggalkan masker dengan air atau kain muka basah. Boleh digunakan 2-3 kali seminggu. Elakkan diguna pada kulit terengsa. 

 ♥Penyegar: 

 Sembur terus pada bebola kapas atau pad kapas sehingga dilembabkan. Sapukan kepada muka dan leher, dan elakkan kawasan mata dan mulut. Ulangi sehingga bebola kapas atau pad tidak lagi menunjukkan kesan solekan atau kekotoran.

ARAHAN PEMAKAIAN

♠Pencuci :

Sapu pada muka dan leher yang dibasahkan. Elakkan  kawasan mata dan bibir ( mata dan bibir cuci dengan Oil Free Make Up Remover Mary Kay). Bilas atau tanggal dengan kain basah dan lap kering.

♠Masker:

Sapukan jumlah yang mencukupi pada muka bersih, elakkan kawasan mata dan bibir. Tinggalkan selama 10  minit. Tanggalkan masker dengan air atau kain muka basah. Boleh digunakan 2-3 kali seminggu. Elakkan diguna pada kulit terengsa.

♠ Penyegar:

Sembur terus pada bebola kapas atau pad kapas sehingga dilembabkan. Sapukan terus ke muka dan leher, elakkan kawasan mata dan mulut. Ulangi sehingga bebola kapas atau pad tidak lagi menunjukkan kesan solekan atau kekotoran.

♠Hydrate :



Sapu pada muka dan leher yang bersih dengan gerakan menghala ke atas. Elakkan kawasan mata dan bibir.

Bagi yang memiliki kulit jenis normal dan kombinasi pasti anda teruja untuk mencuba produk Botanical Effect Formula 2 ini.

No comments:

Post a Comment