JERAWAT , JENIS-JENIS JERAWAT, PUNCA DAN JUGA CARA PENJAGAAN WAJAH.
Aza dah kongsi dengan anda jenis-jenis kulit wajah kita sebelum ini , malam ini Aza nak kongsi pula sedikit info mengenai satu dari pelbagai masalah kulit wajah kita iaitu jerawat.
Jerawat sememangnya masalah kulit wajah yang ramai antara kita akan rasa rungsing, kurang keyakinan dalam penampilan kita.
Jerawat boleh di rawat sekiranya kita mengikut keadah yang betul tapi bagi jerawat yang berpunca dari masalah kesihatan seperti resdung hendaklah kita rujuk dengan doktor pakar yang bertauliah kerana resdung adalah sejenis penyakit dari dalam badan kita. Rawatan dari luaran sahaja tidak mencukupi kerana pesakit resdung biasanya akan mengalami pertumbuhan jerawat berulang sekiranya mereka tidak merawat penyakit resdung mereka dari dalam badan mereka.
Jom kita kenali apa jenis-jenis jerawat dan tips menjaga kulit wajah yang berjerawat.
♦Kenali Punca-punca Jerawat♦
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
➡ Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
➡ Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
➡ Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
➡ Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
➡ Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
➡ Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
➡ Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Tips Jaga Muka Berjerawat
1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.
2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.
3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.
4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi. (SCRUB)
6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.
9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
10. Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.
12. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.
Semoga info-info ini dapat membantu kita lebih memahami tentang masalah kulit berjerawat ini.
Sumber rujukan : http://www.drhasseenah.com
http://www.byejerawat.com
No comments:
Post a Comment