BOTANICAL EFFECTS™ SKIN CARE – FORMULA 1 (KULIT KERING)
Sebelum Aza kongsi dengan semua tentang produk ini, jom kita kenali secara ringkas jenis kulit wajah kering.
Kulit Kering
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak @ lembab atau kedua duanya sekali.
Malah ada setengahnya kulit mereka mengelupas.
Garis-garis halus juga mudah kelihatan.
Kulit terasa tegang dan ketat sedikit terutama bila tersenyum.
Ada pelbagai faktor menyumbang kepada kulit jenis ini antaranya :
a) kelenjar minyak yang kurang aktif
b) terdedah pada penghawa dingin (air-conditoner),
c) pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan),
d) kurang minum air dan
e) ubat-ubatan (medications-Roaccutane).
Untuk mereka yang memiliki jenis kulit ini biasanya mereka kelihatan tua sebelum usianya.
Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
- Kedut / garis garis halus
- Bintik bintik hitam (freckles)
- Whitehead ( Milia Seed )
- Hitam di sekeliling mata
- Jeragat (pigmentasi)
- Keseluruhan muka
FAKTA RINGKAS
1) hipoalergenik
2) bebas dari pewarna sintetik dan wangian tambahan.
KESAN PENGGUNAANNYA
✔ Ia memberikan pelembapan dengan serta-merta
✔ Ia meninggalkan kulit berasa selesa
✔ Ia mengurangkan kekusaman kulit
✔ Ia memulihkan keseimbangan kulit
✔ Meninggalkan kulit kering — walaupun ia sensitif — berasa seimbang.
SIAPAKAH YANG SESUAI MENGGUNAKANNYA
Penjagaan Kulit Botanical Effects™ Skin Care adalah sesuai untuk wanita yang:
✔ Sedang mencari pendekatan peribadi untuk memenuhi keperluan asas kulit dan belum lagi risau tentang tanda-tanda
penuaan.
✔ Ingin berasa baik tetang cara dia menyayangi kulit sambil menjaga planet ini tanpa mengorbankan kualiti dan hasil
✔ Memerlukan produk yang telah diuji untuk kulit sensitif kerana sensitif terhadap bahan-bahan tertentu
BAHAN-BAHAN UTAMA
▶Kompleks botani istimewa:
1) Silymarin (buah tistel susu)
-Antioksidan berkuasa yang membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit
2) Luo Han Guo .
-Juga dipanggil buah “kelanjutan usia”, ianya dikenali dengan mengandungi antioksidan mujarab dan turut dipercayai membantu menggalakkan kulit yang sihat.
3) Ekstrak Biji Flaks
- Biji flaks adalah salah suatu sumber tumbuhan paling kaya dengan asid lemak omega-3, yang juga membantu melembapkan dan melegakan ketidakselesaan kulit kering.
4) Ekstrak Rumpai Laut
- Sejenis alga laut, rumpai laut terkenal sebagai sumber vitamin, mineral dan asid lemak yang penting untuk pelembapan dan keseimbangan kulit.
BUTIRAN PRODUK
♥ Pencuci
Mencuci, mengelupas dan menyegarkan dalam satu langkah dengan berkesan. Membantu memulihkan keseimbangan semulajadi kulit. Meninggalkan kulit berasa licin, terhidrat dan berseri. Kulit kelihatan segar dan berasa lembut.
♥Penghidrat:
Meresap cepat dan memberi penyeimbangan kulit. Kaya-lembapan. Meninggalkan kulit berasa selesa. Membantu mengimbangkan paras lembapan kulit. Kulit berasa lembut dan anjal.
♥ Masker:
Menanggalkan kekotoran dengan lembut kerana ia mencergaskan kulit; mudah ditanggalkan dengan menggunakan air. Mengelupas dengan lembut kerana ia meningkatkan tekstur kulit. Menambahkan penghidratan. Kulit kelihatan licin dan berasa dibaharui.
♥ Penyegar:
Formula tak mengering ini menanggalkan sisa kekotoran dari kulit dengan lembut. Mengembalikan
keseimbangan semulajadi kulit. Kulit kelihatan lebih berseri dan sihat. Membantu menenangkan dan melegakan kulit.
Kulit berasa lembut dan licin, dan tersedia untuk langkah pelembapan.
ARAHAN PEMAKAIAN
♠Pencuci :
Sapu pada muka dan leher yang dibasahkan. Elakkan kawasan mata dan bibir ( mata dan bibir cuci dengan Oil Free Make Up Remover Mary Kay). Bilas atau tanggal dengan kain basah dan lap kering.
♠Masker:
Sapukan jumlah yang mencukupi pada muka bersih, elakkan kawasan mata dan bibir. Tinggalkan selama 10 minit. Tanggalkan masker dengan air atau kain muka basah. Boleh digunakan 2-3 kali seminggu. Elakkan diguna pada kulit terengsa.
♠ Penyegar:
Sembur terus pada bebola kapas atau pad kapas sehingga dilembabkan. Sapukan terus ke muka dan leher, elakkan kawasan mata dan mulut. Ulangi sehingga bebola kapas atau pad tidak lagi menunjukkan kesan solekan atau kekotoran.
♠Hydrate :
Sapu pada muka dan leher yang bersih dengan gerakan menghala ke atas. Elakkan kawasan mata dan bibir.
Bagi wanita-wanita yang memiliki jenis kulit wajah kering Botanical Effect Formula 1 ini mungkin dapat membantu kita dalam memberikan keseimbangan yang mencukupi pada kulit wajah kita.
Bagi wanita-wanita yang memiliki jenis kulit wajah kering Botanical Effect Formula 1 ini mungkin dapat membantu kita dalam memberikan keseimbangan yang mencukupi pada kulit wajah kita.
No comments:
Post a Comment