Friday, 8 May 2015

BOTANICAL EFFECTS™ SKIN CARE – FORMULA 3 (KULIT BERMINYAK)


BOTANICAL EFFECTS™ SKIN CARE – FORMULA 3 (KULIT BERMINYAK) 

Bila anak-anak dah keluar berjalan dengan 'Busu' mereka, tinggallah ibu menanti kepulangan ayah dari tempat kerja.

Malam ini Aza nak share produk Mary Kay yang sesuai untuk wanita yang memiliki kulit berminyak.

Bagaimana kita nak mengenali kulit berminyak yer???

1. Kulit Berminyak

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori kelihatan jelas.

Kelihatan wajah berkilat akibat penghasilan minyak.

Ia kemungkinan mengalami masalah jerawat kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit dan menyumbang kepada penyumbatan pada liang pori-pori.

Selain itu faktor hormon terutama remaja yang mengalami perubahan dalam proses pembesaran,cuaca@ persekitaran dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. 

Tetapi di sebalik keburukkannya terdapat juga kebaikannya iaitu kulit sebegini lambat mengalami proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi untuk yang memiliki wajah jenis berminyak ini adalah :

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

Jom kita baca mengenai Botanical Effect Formula 3 yang boleh membantu mengurangkan minyak berlebihan pada wajah kita..

FAKTA
 1) produk hipoalergenik 

2) bebas dari pewarna sintetik dan wangian tambahan. 

KESAN PENGGUNAANNYA

✔ Ia memulihkan keseimbangan kulit 

✔ Ia mengurangkan penampilan saiz pori 

✔ Ia membantu mengawal minyak 

✔ Kulit kelihatan muda dan segar 

  ✔ Meninggalkan kulit berminyak — walaupun ia sensitif — berasa seimbang. 

RAMUAN UTAMA 

A) Kompleks istimewa botani 

 1) Silymarin (buah tistel susu)

- Antioksidan berkuasa yang membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit. 

2) Luo Han Guo

- Juga dipanggil buah “kelanjutan usia”, ianya dikenali dengan mengandungi antioksidan mujarab dan turut dipercayai membantu menggalakkan kulit yang sihat. 

3) Ekstrak Kanuka (Pokok TehPutih)

 -Sumber ekstrak botani ini terkenal dengan faedah penghalusan yang boleh membantu mengelakkan pori daripada menjadi tersekat. 

4) Ekstrak Jambu Batu 

-Dikenal sebagai sumber asis salisilik, jambu batu adalah pengelupas yang menunjukkan faedah penanggalan sel mati dan membantu pori agar tidak tersekat supaya mengurangkan permukaan berminyak. 

 BUTIRAN PRODUK 

 ♥Pencuci : 

- Mencuci, mengelupas dan menyegarkan dalam satu langkah dengan berkesan. Pembersih pembetulan yang menghaluskan kulit dan membantu membersih pori. Mengurangkan dan membantu mengawal minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Meninggalkan kulit berasa bersih dan kelihatan lebih halus. 

♥Penghidrat: 

- Meresap cepat dan memberi penyeimbangan kulit . Menyediakan penghidratan seimbang sambil mengawal minyak berlebihan. Meninggalkan kulit dengan kemasan matte cantik. Tidak-berminyak dan tidak meninggalkan kesan berminyak. 

 ♥Masker: 

- Menanggalkan kekotoran dengan lembut kerana ia mencergaskan kulit; mudah ditanggalkan dengan menggunakan air. Membantu membersihkan pori dan menghaluskan penampilannya. Meresap dan mengawal minyak berlebihan. Meninggalkan kulit kelihatan cerah dan segar. 

 ♥Penyegar: 

- Formula tak mengering ini menanggalkan sisa kekotoran dari kulit dengan lembut. Menanggalkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Mengurangkan penampilan saiz pori. Mencerahkan kulit dan membantu membersihkan pori. Kulit disediakan untuk langkah pelembapan.

 ARAHAN PEMAKAIAN

♠Pencuci :

Sapu pada muka dan leher yang dibasahkan. Elakkan  kawasan mata dan bibir ( mata dan bibir cuci dengan Oil Free Make Up Remover Mary Kay). Bilas atau tanggal dengan kain basah dan lap kering.

♠Masker:

Sapukan jumlah yang mencukupi pada muka bersih, elakkan kawasan mata dan bibir. Tinggalkan selama 10  minit. Tanggalkan masker dengan air atau kain muka basah. Boleh digunakan 2-3 kali seminggu. Elakkan diguna pada kulit terengsa.

♠ Penyegar:

Sembur terus pada bebola kapas atau pad kapas sehingga dilembabkan. Sapukan terus ke muka dan leher, elakkan kawasan mata dan mulut. Ulangi sehingga bebola kapas atau pad tidak lagi menunjukkan kesan solekan atau kekotoran.

♠Hydrate :

Sapu pada muka dan leher yang bersih dengan gerakan menghala ke atas. Elakkan kawasan mata dan bibir.

Bagi yang memiliki wajah berminyak , mungkin boleh mencuba Botanical Effect Formula 3 ini untuk mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan.

No comments:

Post a Comment