Thursday, 14 May 2015

MARY KAY CC CREAM SUNSCREEN SPF 15.

MARY KAY CC CREAM SUNSCREEN SPF 15.


Pejam celik dah masuk pertengahan bulan Mei 2015.

Anak-anak sibuk hadapi peperiksaan pertengahan tahun tapi ibu dengan ayahnya yang terlebih risau.

Zaman sekarang tuntutan pembelajaran anak-anak jauh berbeza dengan zaman Aza dahulu.

Kadang-kadang kesian dengan anak-anak masa dari 7.30 pagi hingga 6.30 petang di habiskan di sekolah, belum lagi nanti sambung kerja sekolah dan juga latihan-latihan kami bagi di rumah.

Mungkin inilah keputusan terbaik dari Aza memberikan perhatian sepenuhnya pada anak-anak kerana Aza percaya anak-anak adalah rezeki, harta dan amanah Allah yang tak ternilai.

Moga Allah permudahkan semuanya bagi Aza sekeluarga dan Aza yakin Allah gantikan rezeki Aza di tempat lain.Amin..

Eh! membebel pulak Aza ini..sebenarnya malam ini nak share dengan semua produk makeup kesukaan Aza sebab mudah digunakan malah hasilnya cukup memuaskan Aza. Produk yang menepati keperluan Aza kerana Aza ini jenis wanita yang nak cepat.

Produk yang Aza maksudkan adalah Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF 15.

Kenapa menepati keperluan Aza???

Kerana :

1) Mudah di gunakan , sapu sahaja dengan tangan atau berus dan siap.tidak perlu risau comot.

2) Tanpa perlu lagi sapuan bedak sekiranya Aza nak cepat kerana ianya boleh pakai begitu sahaja.

3) mengandungi SPF 15 yang melindungi kulit dr UVA & UVB.

Jom kita lihat manfaat lain yang Aza kongsikan seperti di bawah ini :

8 MANFAAT YANG MENARIK :

1. Melindungi: 

-melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UVA dan UVB dengan spektrum luas SPF15. 

2. Mencerah: 

-Menyerikan kulit dan mencerahkan tona kulit dengan segera. 

3. Membetul dengan pelitupan yang ringan: 

- Pigmen berasaskan mineral membantu membetulkan ketidaksempurnaan 
pada kulit dan menambahbaikkan tona kulit keseluruhan dengan pelitupan ringan seperti bebas solekan. 

4. Meminimumkan kemerahan: 

-Melegakan dan meminumkan kemerahan kulit. Ia telah diuji pada wanita yang mempunyai masalah rosasea dan bersetuju bahawa ia telah membantu dalam mengurangkan tampilan kemerahan tersebut. 

5. Pelitupan: 

-Melitupi tampilan cela-cela dengan segera. Ia berupaya melitupi lingkaran hitam dan bahagian berbayang
serta boleh diadunkan dengan tona kulit anda baik sekali. 

-Tambahan pula, ia melegakan dan memelihara kulit jerawat 
serta menenangkan kulit bermasalah.

6. Menghidrat: 

-Kekal hidrat selama 10 jam. Kulit berasa hidrat dengan segera. Ia memberikan rasa lembap yang melegakan tanpa berasa berminyak atau melekit. 

7. Mengurangkan tanda-tanda penuaan:

- Garisan-garisan halus kelihatan kurang nyata. 

-Ia juga membantu meminimumkan tampilan liang pori dan pada masa yang sama ia menambahbaikkan tekstur kulit dengan ketara. 

8. Mempertahan: .

-Melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan dengan kuasa antipengoksidaan itu. 

Bestkan? Untuk wanita yang simple, yang inginkan semua lengkap dalam satu produk pastinya Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF 15 ini dapat memenuhi keperluan anda.

Tak rugi untuk mencubanya apa yang penting produk ini berasaskan mineral yang bersifat melindungi kulit dari radikal bebas dan In Shaa Allah tak menyumbat pori-pori anda yang mungkin menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Selamat mencuba 😚



No comments:

Post a Comment