Saturday, 9 May 2015

INFO MENGENAI MARY KAY INC.

2 tahun lalu Aza tidak pernah tahu pun tentang kewujudan produk Mary Kay, sehinggalah 1 hari kawan baik Aza ketika di Sekolah Menenggah Teknik Bukit Piatu, Melaka datang kerumah membawa katalog produk Mary Kay.

Mulanya Aza endah tak endah sahaja sebab tidak pernah mendengarnya, lagipun ketika itu rasa dah cukup lengkap rutin penjagaan wajah Aza.

Tapi dari sehari ke sehari kulit wajah Aza semakin kusam terutama selepas melahirkan anak kedua Aza, Syauqi.Masalah kekeringan juga semakin ketara. Bila sahaja memakai alat solek pasti satu wajah Aza akan gatal-gatal dan merah-merah tapi sanggup tahan kerana nak kelihatan menarik. Betullah kata orang ' Wanita ini sanggup terseksa untuk kelihatan cantik'

Tibalah satu hari terdetik untuk melihat katalog pemberian Ina, Aza belek satu persatu kemudian Aza cari info mengenaai produk ini. Rupanya banyak cerita-cerita, blogger-blogger yang menceritakan tentang kebaikkan produk ini... 

Wah!!! rupanya produk ini amat terkenal cuma Aza yang masih jadi ' Katak bawah tempurung' . Ini mungkin kerana produk ini tidak dijual di kaunter-kaunter atau di iklankan di TV.

Aza tertanya-tanya kenapa tidak di jual di kaunter? tidak di iklankan di TV malah tiada stokis-stokis seperti Avon dan sebagainya????

Aza terus hubungi Ina dan bertanya. Rupanya Mary Kay Ash , pengasas produk Mary Kay ini nak memberikan peluang kerjaya kepada semua wanita-wanita termasuk suri rumah tidak bekerja. Kerana untuk membina kerjaya bersama Mary Kay kita tidak memerlukan modal yang besar seperti stokis-stokis produk-produk di luar sana.

Tapi ini tidak bererti Perunding Kecantikkan Bebas Mary Kay tidak memiliki sijil kelayakkan. Setiap kami akan menghadiri kursus Essential Step To Reach Succes (ESRS) selama 2 hari untuk mendapatkan sijil pengiktirafan sebagai Perunding Kecantikkan Bebas Mary Kay.

Malah Mary Kay menitik beratkan layanan Eksklusif kepada semua pelanggan-pelanggan, kami sedia berkunjung ke tempat pelanggan-pelanggan kami untuk berkongsi tips-tips penjagaan wajah, solekan asas dan juga menjadi perunding imej untuk pelanggan-pelanggan kami secara percuma.Inilah yang membuatkan kami berbeza dari produk-produk lain.

Hari ini Aza nak berkongsi sedikit sejarah dan latar belakang Mary Kay Inc. Jom kita baca bersama-sama...


*Ditubuhkan pada 13 September 1963 ketika Mary Kay Ash (pengasas ) berumur 45 tahun.

* Ibu pejabat bertaraf dunia Mary Kay Inc terletak di Dallas, Texas

* Salah satu syarikat kosmetik terbesar di dunia

* Lebih 3 juta Perunding Kecantikkan Bebas di seluruh 35 buah negara di dunia

* Lebih 600 wanita seluruh dunia menjadi Pengarah Jualan Nasional Bebas , status tertinggi dalam kerjaya Mary Kay

* Mary menjalankan lebih 500, 000 ujian untuk memastikan produk Mary Kay memenuhi piawaian kualiti, keselamatan dan prestasi yang tinggi.

* Mary Kay Inc tidak menjalankan ujian produknya ke atas haiwan

* Mary Kay Inc membangun, menguji, mengilang dan membungkus kebanyakkan produknya sendiri di kilangnya yang tercanggih di A.S, China dan India.

* Mary Kay Ash mendapat banyak anugerah berprestij dan diiktiraf sebagai ' Usahawan Wanita Yang Terunggul' di dalam sejarah Amerika.


* Mary Kay mempunyai 4 nilai teras

1) GO GIVE

💖 Perniagaan Mary Kay di asaskan pada prinsip GO GIVE, iaitu membantu orang lain tanpa balasan

2) GOLDEN RULE

💖 Mary Kay percaya kepada 'GOLDEN RULE 'iaitu 'Layanilah orang lain sepertimana yang anda ingin orang lain melayan anda'

3) BUAT ORANG LAIN BERASA PENTING

💖 Percaya pada usaha membuatkan orang lain berasa penting

4)  KEUTAMAAN YANG BETUL &"KESEIMBANGAN DALAM HIDUP

💖 TUHAN di tempat PERTAMA
💖 KELUARGA di tempat KEDUA
💖 KERJAYA di tempat KETIGA
 Banyak lagi yang menariknya tentang kerjaya Mary Kay ini yang akan Aza kongsi dari masa ke semasa yang pastinya Aza gembira dengan kualiti produk Mary Kay, dan cara Mary Kay membantu wanita-wanita memiliki kerjaya yang HEBAT. Mary Kay Inc bukanlah MLM ( Multi Level Marketing) tapi sebaliknya Mary Kay Inc adalah Single Level Marketing (SLM) .
Apa Beza Antara Single level Marketing dan juga Multi Level Marketing ??? 

Single level Marketing

Single Level Marketing (Pemasaran Satu Tingkat) bermaksud kaedah pemasaran barang oleh syarikat jualan Langsung oleh agen atau ahli yang direkrut secara langsung oleh syarikat. Ahli atau agen tidak dibenarkan menaja lebih ramai ahli dibawah mereka. Komisen yang diterima oleh ahli berdasarkan usaha ahli itu sendiri iaitu dari penjualan yang dilakukannya sendiri. Contoh syarikat jualan langsung satu tingkat yang popular adalah Tupperware dan Avon yang menghantar jurujual mereka dari rumah ke rumah.

Multi Level Marketing

Multi Level Marketing (Pemasaran Berbilang Tingkat) pula merujuk kepada syarikat jualan langsung yang menggunakan sistem penajaan ahli yang berbilang tingkat iaitu ahli juga dibenarkan menaja ahli lain didalam rangkaian mereka. Dalam kes syarikat jualan langsung berbilang tingkat, komisen ahli berdasarkan dua faktor iaitu tingkat jualan yang dilakukan oleh ahli itu sendiri dan juga tingkat jualan rangkaiannya.


Jom lihat perubahan wajah Aza sebelum dan selepas menggunakan produk Mary Kay sejak September 2013



Dan ini pula wajah terbaru Aza tahun 2015






No comments:

Post a Comment