Thursday, 21 May 2015

TEMAN BAIK AZA


Assalamualaikum w.b.t

Tetiba teringat pada seorang sahabat yang rapat dengan Aza.

Kami berkenalan sejak tahun 2000, macam tak percaya pulak dah 15 tahun usia persahabatan kami.Susah senang kami kongsi bersama.

Dia juga salah seorang perunding kecantikkan bebas Mary Kay seperti Aza.

Jatuh cinta dengan Mary Kay kerana berpuas hati dengan produk Mary Kay ini.

Lihatlah perubahan ke atas wajahnya sejak tahun 2014 dia menggunakannya.

Nama sahabat Aza ini Dayang Mimi Safuraa, menetap di Seremban, Negeri Sembilan. 

Dahulunya dia memiliki jerawat yang silih berganti tumbuh terutama di bahagian hidung akibat resdung. Alhamdulillah kini sudah mula berkurangan.

Apa yang menariknya tentang beliau, dahulunya orangnya simple kini dah pandai bersolek kemana-mana..hi..hi..

Gembira melihat perubahan pada dirinya.

Buat sahabatku Dayang Mimi Safuraa...daku doakan semoga Allah merahmati setiap perjalanan hidupmu dalam memperkayakan kehidupan wanita lain..Amin.

Love U my BFF ....he..he..


TIMEWISE® MATTE-WEAR LIQUID FOUNDATION (KOMBINASI- MINYAK)



TIMEWISE® MATTE-WEAR LIQUID FOUNDATION (KOMBINASI-MINYAK)

Tempohari Aza dah kongsi dengan semua Timewise Luminious-wear Liquid Foundation, kali ini Aza nak kongsi pula Timewise Matte-wear Liquid Foundation yang di hasilkan khas untuk wanita-wanita yang memiliki kulit jenis kombinasi - berminyak

Menariknya foundation ini ianya membantu mengawal minyak agar solekan kita kekal cantik dan smooth.

Setelah Aza menggunakan Timewise Miracle Set Skincare, Alhamdulillah kulit dah kembali ke kulit asal iaitu kombinasi. So foundation pun dah bertukar..he..he..inilah keistimewaan produk Mary Kay ianya di hasilkan mengikut keperluan jenis kulit kita dan kulit kita sentiasa terjaga.Apa yang penting ianya berasaskan mineral yang melindungi kulit kita dan tidak menyumbat pori-pori kita.

Kedua-dua jenis foundation Mary Kay mempunyai fungsi dan keistimewaan tersendiri.

Aza kongsikan sedikit tentang keistimewaan Timewise Luminious-wear Liquid Foundation ini.

FAKTA

👉Mikrosfera khas bertindak sepanjang hari untuk menyerap minyak supaya mekap tidak berasa atau nampak tebal

👉Warna yang tahan lama kekal seperti asal, tahan pindahan dan kelembapan

👉Kulit tampak lebih tegang, muda dan sihat apabila kehadiran garis halus, kedutan dan pori dikurangkan secara

👉Kulit segera tampak lebih matte. Untuk kesempurnaan tanpa cela, gunakan dengan Liquid Foundation Brush

👉Kulit ialah satu struktur kompleks yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Lapisan dermis yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit, mengandungi kolagen yang memainkan peranan kritikal dalam memperkuat sokongan kulit.

👉Matte-Wear Liquid Foundation dirumus dengan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk membantu kulit 
mengekalkan penampilan muda remaja.

MANFAATNYA

🔹 Kulit segera tampak lebih matte

🔹 Mengawal minyak dan kilatan sepanjang hari 

🔹Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat 

🔹Secara ketaranya mengurangkan garis halus dan kedutan 

🔹Secara ketaranya mengurangkan penampilan pori

🔹 Meningkat baik keadaan kulit secara keseluruhan

🔹 Mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara

🔹 Warna kekal seperti asal selepas berjam-jam 

🔹 Memberikan kemasan matte yang tahan lama kepada kulit 

🔹 Tidak melekat dalam garis halus

🔹 Mengurangkan penampilan lingkaran hitam dan bebayang secara ketara 

🔹 Tahan pindahan dan tahan kelembapan 

🔹 Formula ringan yang dapat disapu rata dan licin

BAHAN-BAHAN

🔸Dimethicone 

-Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok 
penampilannya.

🔸Vitamin E (Tocopheryl 
Acetate) 

-Dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit . 

🔸Palmitoyl Oligopeptide and 
Palmitoyl Tetrapeptide-7

-Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan 
mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja.

🔸Silica 

-Mineral ultrahalus sangat poros yang bertindak seperti span, menyerap minyak supaya kulit 
kelihatan matte tanpa berasa berat. 

🔸Lauryl Methacrylate/Glycol 
Dimethacrylate Crosspolymer

- Mikrosfera khas yang memaksimumkan kebolehan formula untuk mengawalminyak. 

CARA PENGGUNAAN

🔸Boleh disapu dengan Mary Kay® Liquid Foundation Brush, aplikator span atau hujung jari. Jika menggunakan berus, tekan bedak asas ke atas telapak tangan, celupkan berus di atasnya dan sapu ke seluruh muka dengan strok dari dalam ke luar dan dari atas ke bawah. 

🔸Liquid Foundation Brush direka khas untuk memudahkan pemakaian, dengan bulu berus berlilin yang memegang bedak dengan sempurna serta mudah mencapai garis bentuk muka.


Bagi yang memiliki kulit jenis kombinasi hingga berminyak dan tercari-cari produk yang membantu mereka mengawal kilatan.Mungkin produk Timewise Luminious-wear Liquid Foundation ini dapat membantu anda..

Salam perkongsian dari Aza untuk hari ini.

TIMEWISE LUMINOUS-WEAR™ FOUNDATION ( NORMAL - KERING)


Dah masuk pagi tapi mata tak boleh lelap , menemankan suami tercinta menyiapkan kerjanya.Kasihan pulak nak biarkan dia keseorangan.Sekurangnya dapat juga selit-selit borak hilangkan ngantuk di matanya.

Hujan, guruh berdentam dentum di luar.Erm..memang sedap untuk lena di buai mimpi tapi cuba untuk bertahan mata ini.

Di kesempatan ini Aza nk kongsi dengan semua produk mula-mula yang Aza miliki.

Apa yang menariknya tentangnya, Aza pernah bercakap dengan SSD Yusrina kalau foundation ini Aza suka, Aza akan jadi Beauty Consultant seperti dia..he..he..

Sebelum bertemu Mary Kay, pelbagai jenama foundation Aza guna hingga sanggup menahan gatal dan pedih akibat tidak sesuai dengan kulit Aza yang ketika itu agak kering akibat kurangnya pendedahan tentang penjagaan wajah yang lengkap.

Alhamdulillah..sekali cuba Aza sangat puas hati kerana hasilnya yang sekata malah apa yang menariknya lagi tiada 'seksaan untuk kelihatan cantik '.

Aza menggunakan Timewise Luminious Wear Foundation khas untuk kulit normal-kering jadi ianya di rumus untuk memberikan extra kelembapan pada wajah Aza yang ketika itu kering.Tiada lagi rasa pedih dan gatal-gatal, malah kulit Aza semakin kurang berkeruping akibat kekeringan.

Di sini Aza kongsikan dengan semua kelebihan-kelebihannya.

TIMEWISE LUMINOUS-WEAR™ FOUNDATION ( NORMAL - KERING)

FAKTA

🔹Kulit kelihatan cerah serta-merta dan kekal berseri sepanjang hari

🔹Kulit berasa dilembapkan sepanjang hari apabila keadaan keseluruhannya 
dipertingkatkan.

🔹Kulit tampak lebih tegang, muda dan sihat apabila kehadiran garis halus, kedutan dan pori dikurangkan secara

🔹Tekstur kulit diperelok secara ketara dan kecelaan juga jelas berkurangan. 

🔹Untuk kesempurnaan tanpa cela, gunakan bersama Liquid Foundation Brush

🔹Kulit ialah satu struktur kompleks yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Lapisan dermis yang terletak betul-betul di 
bawah permukaan kulit, mengandungi kolagen yang memainkan peranan kritikal dalam memperkuat sokongan kulit.

🔹Luminous-Wear™ Liquid Foundation dirumus dengan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk membantu kulit mengekalkan penampilan muda remaja.

KEISTIMEWAANNYA

🔹 Kulit tampak cerah dengan serta-merta

🔹 Kulit tampak berseri sepanjang hari 

🔹 Memberikan kilauan maksimum 

🔹 Kulit berasa dilembapkan sepanjang hari

🔹 Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat 

🔹Secara ketaranya mengurangkan garis halus dan kedutan 

🔹 Secara ketaranya mengurangkan penampilan pori 

🔹 Meningkat baik keadaan kulit secara keseluruhan 

🔹 Mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara

🔹 Warna kekal seperti asal selepas berjam-jam 

🔹 Memberikan kemasan kilauan yang tahan lama kepada kulit 

🔹 Tidak melekat dalam garis halus 

🔹 Mengurangkan lingkaran hitam dan bebayang secara ketara 

🔹 Tahan pindahan dan tahan kelembapan

🔹 Formula ringan yang dapat disapu rata dan licin 

BAHAN-BAHAN

🔼Ester Lilin Jojoba 

- Meningkatkan faedah pelembapan. 

🔼Gliserin Humektan

- yang membantu menyeimbangkan atau mengekalkan paras lembapan wajar dalam kulit. 

🔼Dimethicone 

-Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok 
penampilannya. 

🔼Vitamin E (Tocopheryl 
Acetate) 

-Juga dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit. 

🔼Palmitoyl Oligopeptide dan
Palmitoyl Tetrapeptide-7

- Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja.

CARA PENGGUNAANYA

🔸 Boleh disapu dengan Mary Kay® Liquid Foundation Brush, aplikator span atau hujung jari. Jika menggunakan berus, tekan bedak asas ke atas telapak tangan, celupkan berus dalam bedak asas dan sapu secara rata di seluruh muka dengan strok atas ke bawahdan dari dalam ke luar. 

🔸Liquid Foundation Brush direka khas untuk memudahkan pemakaian, dengan bulu berus berlilin yang memegang bedak dengan sempurna serta mudah mencapai garis bentuk muka.


Semoga perkongsian ini menjadi maklumat berguna buat wanita yang mengalami situasi sama seperti Aza dahulu..

Wednesday, 20 May 2015

True Dimensions™ Lipstick


Nazmi : Ibu, hari ini ada hari guru.ibu, kita nak bagi hadiah apa?
Ibu : Ibu dah siapkan dalam bilik abang.
Nazmi : Cantiknya, ibu bagi apa?
Ibu : Lipstik , nanti abang bagi cikgu yer.

Balik dari sekolah, Nazmi berlari masuk ke kereta.

Nazmi : Ibu , cikgu cakap terima kasih.Cikgu suka sangat.
Ibu : Alhamdulillah...

Senyuman anak dan pastinya senyuman guru yang rasa di hargai itu sudah cukup bernilai..tidak ternilai jasa dan ilmu yang di berikan pada anak-anak kita kan?

Walau hadiahkan hanya sebatang lipstik 😊

Apa yang Aza hadiahkan pada guru-guru Nazmi ???

Hari ini Aza share dengan anda semua keistimewaan True Dimesion Lipstik ini.

** Sebahagian koleksi yang sempat Aza ambil gambar.


True Dimensions™ Lipstick 

1) Membekalkan bibir 
dengan lembapan dengan serta-merta dan menguncikannya untuk keselesaan 
berterusan. 

2) Dengan satu tekan pada butang di atas, 
ia mengeluarkan gincu dari bekas bergaya. 

3) Ramuan penjagaan kulit yang canggih, formula ini melicinkan garis-garis halus 
dan melengkapkan penampilan bibir yang 
menawan. 

4) Menjanakan warna yang tulen, berseri dan terdapat 
dalam warna-warna yang mencuit hati. 

5) Untuk aplikasi gincu yang lebih tepat, gunakan berus bibir. Ataupun gunakan hujung jari anda untuk penampilan yang lebih halus dan nipis.

KEISTIMEWAAN : 

💋 menenangkan, melembapkan dan selesa pada bibir. 

💋 bibir nampak muda, menggiurkan dan tanpa comot. 

💋 menambahkan dan merapikan bibir, meninggalkan bibir kelihatan sihat berseri. 

💋 bibir kelihatan lebih licin dan rasa lembut. 

KANDUNGAN :

• Kompleks Penentang Usia (Ekstrak tumbuhan Portuluca Pilosa dan Palmitoyl Tripeptide-38 

– Membantu mencergaskan 
penghasilan kolagen*, asid hyaluronik* and aquaporin 3. 

• Vitamin E (Tocopheryl Acetate)

 – Sejenis antioksidan berkuasa yang melindungi bibir daripada radikal bebas dan 
kerosakan alam sekitar.

• Sunflower Seed Oil, Jojoba, Mango Butter

 — Suatu campuran yang bahan-bahan
berkhasiat oleh kuasa alam semulajadi, dan juga dikenali untuk manfaat pelembapnya. 

CARA MEMAKAI

Bermula dari tengah bibir bahagian atas, sapukan warna ke sudut luar dan ulangi pada sebelah bibir lain. Kemudian, sapukan 
sepanjang bibir bawah dari satu sudut ke sudut yang lain.

Jom cuci mata dengan warna-warna True Dimension Lipstick.












Thursday, 14 May 2015

MARY KAY CC CREAM SUNSCREEN SPF 15.

MARY KAY CC CREAM SUNSCREEN SPF 15.


Pejam celik dah masuk pertengahan bulan Mei 2015.

Anak-anak sibuk hadapi peperiksaan pertengahan tahun tapi ibu dengan ayahnya yang terlebih risau.

Zaman sekarang tuntutan pembelajaran anak-anak jauh berbeza dengan zaman Aza dahulu.

Kadang-kadang kesian dengan anak-anak masa dari 7.30 pagi hingga 6.30 petang di habiskan di sekolah, belum lagi nanti sambung kerja sekolah dan juga latihan-latihan kami bagi di rumah.

Mungkin inilah keputusan terbaik dari Aza memberikan perhatian sepenuhnya pada anak-anak kerana Aza percaya anak-anak adalah rezeki, harta dan amanah Allah yang tak ternilai.

Moga Allah permudahkan semuanya bagi Aza sekeluarga dan Aza yakin Allah gantikan rezeki Aza di tempat lain.Amin..

Eh! membebel pulak Aza ini..sebenarnya malam ini nak share dengan semua produk makeup kesukaan Aza sebab mudah digunakan malah hasilnya cukup memuaskan Aza. Produk yang menepati keperluan Aza kerana Aza ini jenis wanita yang nak cepat.

Produk yang Aza maksudkan adalah Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF 15.

Kenapa menepati keperluan Aza???

Kerana :

1) Mudah di gunakan , sapu sahaja dengan tangan atau berus dan siap.tidak perlu risau comot.

2) Tanpa perlu lagi sapuan bedak sekiranya Aza nak cepat kerana ianya boleh pakai begitu sahaja.

3) mengandungi SPF 15 yang melindungi kulit dr UVA & UVB.

Jom kita lihat manfaat lain yang Aza kongsikan seperti di bawah ini :

8 MANFAAT YANG MENARIK :

1. Melindungi: 

-melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UVA dan UVB dengan spektrum luas SPF15. 

2. Mencerah: 

-Menyerikan kulit dan mencerahkan tona kulit dengan segera. 

3. Membetul dengan pelitupan yang ringan: 

- Pigmen berasaskan mineral membantu membetulkan ketidaksempurnaan 
pada kulit dan menambahbaikkan tona kulit keseluruhan dengan pelitupan ringan seperti bebas solekan. 

4. Meminimumkan kemerahan: 

-Melegakan dan meminumkan kemerahan kulit. Ia telah diuji pada wanita yang mempunyai masalah rosasea dan bersetuju bahawa ia telah membantu dalam mengurangkan tampilan kemerahan tersebut. 

5. Pelitupan: 

-Melitupi tampilan cela-cela dengan segera. Ia berupaya melitupi lingkaran hitam dan bahagian berbayang
serta boleh diadunkan dengan tona kulit anda baik sekali. 

-Tambahan pula, ia melegakan dan memelihara kulit jerawat 
serta menenangkan kulit bermasalah.

6. Menghidrat: 

-Kekal hidrat selama 10 jam. Kulit berasa hidrat dengan segera. Ia memberikan rasa lembap yang melegakan tanpa berasa berminyak atau melekit. 

7. Mengurangkan tanda-tanda penuaan:

- Garisan-garisan halus kelihatan kurang nyata. 

-Ia juga membantu meminimumkan tampilan liang pori dan pada masa yang sama ia menambahbaikkan tekstur kulit dengan ketara. 

8. Mempertahan: .

-Melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan dengan kuasa antipengoksidaan itu. 

Bestkan? Untuk wanita yang simple, yang inginkan semua lengkap dalam satu produk pastinya Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF 15 ini dapat memenuhi keperluan anda.

Tak rugi untuk mencubanya apa yang penting produk ini berasaskan mineral yang bersifat melindungi kulit dari radikal bebas dan In Shaa Allah tak menyumbat pori-pori anda yang mungkin menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Selamat mencuba 😚



Tuesday, 12 May 2015

MelaCEP Plus+™ ULTIMATE SERUM


Teruja dengan produk baru Mary Kay ini yang membantu mengurangkan jeragat Aza.

Alhamdulillah produk ini adalah produk 2 in 1 yang menggantikan MelaCEP®
Essence dan Dark Spot Serum. So Aza tidak perlu lagi pakai banyak-banyak sangat produk he..he..

Apa kelebihan produk ini yer ????

FAKTA MelaCEP Plus+™ ULTIMATE SERUM

* Ekstrak bunga edelweiss menyerlahkan 
kecantikan kulit jernih. 

* Menambahbaikan tampilan kulit lebih cerah, 
tekstur dan bintik-bintik hitam secara ketara. 
* Generasi baharu bagi kecerahan dan 
kejernihan yang dicipta khas untuk menggantikan kedua-dua produk MelaCEP® 
Essence dan Dark Spot Serum.

* MelaCEP Plus+™Ultimate Serum bukan sahaja menyasarkan melanin, tetapi juga menghindarkan bendasing yang merosakkan kulit serta menyebabkan kulit tampak kusam. Ia memberikan manfaat-manfaat pencerahan dengan
segera serta untuk jangka panjang.

MANFAATNYA

* Kajian ekstensif telah dijalankan selama 7 tahun telah berjaya mencipta MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum. 

* Disokong oleh 
kompleks inovatif yang terkini, MelaCEP Plus+™ Luminous Complex adalah campuran utama yang menawarkan manfaat-manfaat pencerahan yang berkuasa, membantu meningkatkan tahap pencerahan kulit anda ke tahap baharu. 

DI SEBALIK PRODUK: 

• MelaCEP Plus+™ Luminous Complex 

— satu campuran utama daripada ekstrak bunga edelweiss (ekstrak leontopodium alpinum), elstrak algae dan asid amino sayur-sayuran dapat menawarkan manfaat-manfaat pencerahan yang berkuasa. 

• Heksilresorsinol 

— menyasarkan gluta9on dan pigmentasi pada permukaan kulit†. Gluta9on adalah penting dalam proses kejernihan kulit. Semasa umur makin lanjut, produksi glutation yang semula jadi dalam badan kita mula 
merosot sementara tahap tekanan dan bahan cemar persekitaran juga akan mempengaruhi penghasilan glutation. 
Tambahan pula, glutation akan mempengaruhi Melanosit yang bertanggungjawab terhadap melanin yang akan timbul 
pada kulit. 

• Ekstrak-ekstrak Maritime pine (pinus pinaster) dan white birch (betula alba) 

- menyasarkan melanin

MENGAPA TERDAPAT SERUM BAHARU?

 MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum yang dapat diserap dengan cepat ini mengandungi satu 
campuran bahan-bahan yang inovatif untuk membantu kulit memulih dan mengekalkan kejernihan. Dengan segeranya, wajah anda akan kelihatan lebih cerah dan lebih jernih. 

Apakah yang ia boleh lakukan untuk anda 
Dalam satu kajian pengguna bebas, wanita-wanita mengatakan bahawa mereka menyaksi faedah-faedah seperti di bawah:

1) Membantu memulihkan kejernihan kulit. 

2) Membantu menyekatakan tampilan tona kulit mereka. 

3) Mengurangkan tampilan ketidaksekataan warna/ kulit kusam. 

Di sini Aza kongsikan gambar wajah sebelum dan selepas Aza menggunakan produk ini.

Alhamdulillah jeragat mula berkurangan...



TIMEWISE PLUS REGENA-FIRM INTENSIVE SERUM

Assalamualaikum..

Sambil tengok cerita ulangan isteri separuh masa malam ini , Aza nak share satu produk Mary Kay yang amat menarik iaitu Regena-Firm™ Intensive Serum.

Yang menariknya produk ini di bawah kategori serum.

Produk ini sesuai untuk wanita yang tercari-cari produk penentang penuaan.

Jom kita lihat secara ringkas kelebihan-kelebihan produk ini...

Regena-Firm™ Intensive Serum


* Membantu bahagian garis
rahang kelihatan terangkat, 
menegangkan dan 
mengukuhkan kulit kendur

* Menegangkan dan mengukuhkan kulit 
kendur

* Menggandakan penghidratan kulit dan 
membantu menyongsangkan kehilangan kusyen dengan 
serta-merta.

KESAN PENGGUNAANYA

# Membantu menyediakan sensasi terangkat ketara

# Membantu memulihkan kelembapan kulit

# Membantu bahagian garis rahang kelihatan tegang

# Membantu memberikan definisi dan menyempurnakan kontur muka

# Mengukuh dan menegangkan kulit kendur

# Membantu menyongsangkan kehilangan kusyen

# Menyediakan ketegangan yang kekal sepanjang hari

# Bahagian leher kelihatan tegang

DI SEBALIK PRODUK

Kompleks eksklusif TimeWise® Plus+ Regena-Firm™ menggabungkan faedah kuasa 3 yang penting bagi pembaharuan kulit:

# Peptida biomimetik yang membantu menyokong proses kritikal bagi pemulihan kulit.*

# Penggalak* asid hyaluronik membantu menyediakan kulit muda dan terangkat. 

# Sel dasar tumbuhan membantu melindungi integriti matriks kulit, sumber ketegangan kulit.*

Tambahan juga, Regena-Firm™ Intensive Serum:

# Direka untuk menggalakkan keanjalan kulit dengan mempengaruhi penghasilan Laminin-5 dan membantu 
mengurangkan kerosakan pada protein berdekatan dengan pertemuan derma epidermis, bahagian kulit yang memainkan 
peranan penting dalam komunikasi selular dan pertukaran nutrien. 

# Diformulasikan untuk membantu menambahkan penghidratan penting.

* Ia diformulasikan dengan botani marin
(Codium Tomentosum) yang meningkatkan paras AQP3 (Aquaporin 3) dalam kulit.

* Aquaporin ialah protein kulit yang mewujudkan saluran bagi pengaliran air ke bahagian yang paling diperlukan, dan membantu penghidratan kulit. AQP3 
ialah sejenis aquaporin yang bukan sahaja mengangkut air tetapi gliserol yang mempunyai ciri-ciri perikatan-lembapan. 

*Tambahan juga, ujian biofizikal menunjukkan bahawa penghidratan kulit berganda serta-merta apabila serum disapukan, 
dan membantu menyingkirkan kekeringan akibat penuaan kulit.

* Diformulasikan dengan botani berkuasa yang mengurangkan aktiviti enzim penurun-matriks.

* Apabila usia kita meningkat, matriks dermal mula merosot lebih cepat daripada pemulihan kerana peningkatan aktiviti MMP (matrix 
metalloproteinases). 

*Serum ini diformulasikan dengan Ekstrak Biji Argan yang mengurangkan aktiviti MMP.

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua...

Monday, 11 May 2015

TIMEWISE PLUS+™ REGENA-FIRM™ DAY TREATMENT SPF 30/PA+++



Keletihan sedikit hari ini , maklumlah anak-anak sekolah.Rutin harian ambik dan jemput anak-anak. Nasiblah duduk di bumi Melaka tidaklah terlalu mengalami masalah kesesakkan lalu lintas.Alhamdulillah...

Hari ini Aza nk share produk yang di kategori dalam Timewise Plus+

Siapakah yang sesuai menggunakannya???

* Untuk wanita yang berumur 45 tahun ke atas.

* Dan untuk wanita yang mempunyai kulit yang seimbang.

* Untuk wanita yang mencari produk penentang tanda-tanda penuaan.

Di sini Aza kongsikan sedikit fakta ringkas untuk bacaan semua ...T

FAKTA RINGKAS PRODUK:
TIMEWISE PLUS+™ REGENA-FIRM™ DAY TREATMENT SPF 30/PA+++ 

* Memadatkan dan menganjalkan kulit agar keremajaannya sentiasa terpelihara.

* Sekarang, terdapat satu cara untuk membantu menangani kerosakan persekitaran yang menyebabkan kulit 
kendur, kedutan dan kehilangan keanjalan yang ketara. 

* Formula yang canggih ini membantu mengukuhkan daya pertahanan semula jadi kulit untuk melindunginya daripada fakor-faktor yang mengakibatkan kulit berusia secara dramatik.

* Mengandungi kompleks Regena-Firm™ yang eksklusif, sebatian bahan-bahan yang membantu nampak muda: keanjalan, pengangkatan dan ketegangan yang ketara.


KESAN PENGGUNAANNYA

• Keanjalan wajah yang muda dipulihkan

• Kulit tampak terangkat dengan ketara
• Menegangkan kulit kendur

• Memulihkan lembapan yang perlu

• Membantu mengurangkan kedutan dengan ketara

 DI SEBALIK PRODUK 

* Telah diuji pada kulit orang Asia dan hasilnya adalah amat berkesan. 

*Ia telah mengabungkan manfaat penting daripada: 

• Peptida biomimetik 

-yang membantu menyokong proses kritikal bagi pemulihan kulit.

• Penggalak Asid Hialuronik 

- membantu menyediakan kulit muda dan terangkat. 

• Sel Dasar Tumbuhan

- yang membantu melindungi integriti matriks kulit, sumber ketegangan kulit.


URUTAN PENGGUNAAN

• Regena-Firm™ Intensive Serum

• Regena-Firm™ Day Treatment SPF 30/ PA+++ 

• Regena-Firm™ Night Treatment 
• Regena-Firm™ Correcting Eye Cream

Untuk wanita yang tercari-cari produk penentang tanda-tanda penuaan pasti teruja jika mencubanya..

Sunday, 10 May 2015

JERAGAT DAN PARUT HITAM

JERAGAT DAN PARUT HITAM




* Jeragat bermula dengan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan melanin - sejenis pigmen pelindung kulit. 

* Satu melanosit akan mengawal 10 hingga 15 sel yang menapis sinar ultralembayung - penyebab mutasi pada kulit.

* Melanosit memberikan warna pada kulit dan penduduk Asia mempunyai lebih banyak melanosit ekoran sering terdedah kepada sinaran matahari.

* Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. 

* Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. 

*Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 ( Wanita: Lelaki). 

*Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . 

* Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun.

* Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. 

* Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:

1)Epidermal, iaitu jeragat berada pada lapisan atas kulit

2)Dermal, iaitu jeragat berada pada lapisan dalam kulit

*Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. 

*Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . 

* Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. 

*Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. 

*Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. 

*Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. 

*Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. 

*Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. 

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1) Terdedah kepada cahaya matahari terik

- Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapatahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akanbertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles danlentigenes ialah saiznya.


2) Penggunaan hormone. Contohnya Pil perancang

3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai

4) Keturunan.

5) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

6) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. 

* Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat.

* Age spots, freckles dan lentigenespula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.


Sumber dari :

drlinaaestheticblog-timeless.blogspot.com 
&
www.drhasseenah.com

MARY KAY ® SYSTEM FOR ACNE-PRONE SKIN

Sebelum ini Aza dah kongsikan tentang jerawat , punca-punca jerawat dan cara penjagaan wajah yang memiliki masalah jerawat.

Pelbagai punca terjadinya masalah jerawat malah Aza juga masih mengalami pertumbuhan jerawat apabila berlakunya perubahan hormon atau terlalu banyak terdedah di kawasan yang terlalu banyak habuk.

Percaya atau tidak jerawat adalah menandakan kita memiliki kulit seperti remaja...Wah !! Menariknya...ini kerana kilang-kilang minyak pada wajah kita masih aktif untuk penghasilan minyak untuk melembutkan kulit kita cuma masalah jerawat timbul bila penghasilan minyak oleh kilang minyak wajah kita berlebihan dari sepatutnya.

Perhatikan wajah wanita-wanita yang lebih berusia seperti ibu-ibu kita yang berusia 50 tahun ke atas, amat susah untuk kita melihat mereka memiliki masalah jerawat kerana kilang minyak wajah mereka telah mula kurang menghasilkan minyak.

So untuk yang memiliki masalah jerawat ringan dan sederhana kita boleh merawatnya dengan mengawal minyak berlebihan dari menyumbat pori-pori kita.

Permulaan Aza menggunakan produk Mary Kay Timewise Miracle Set, Aza mengalami masalah jerawat ini kerana Mary Kay Timewise Miracle Set membersih wajah kita sehingga ke dalam pori-pori.Sebelum Aza mencuba produk Mary Kay Timewise Miracle Set, Aza tidak mempunyai produk penjagaan wajah yang lengkap menyebabkan kekotoran dan minyak berlebihan ( kerana kulit Aza jenis kombinasi) telah lama tersembunyi di dalam pori-pori.

Sepanjang tempoh pembersihan oleh Mary Kay Timewise Miracle Set, Aza juga menggunakan Mary Kay System For Acne-Prone Skin berselang seli untuk membantu mengatasi masalah jerawat yang timbul.

Alhamdulillah jerawat cepat kecut dan kini jerawat hanya tumbuh sekali sekala bila berlakunya perubahan hormon dan Aza tak risau kerana Aza akan menggunakan Mary Kay System For Acne-Prone Skin untuk mengatasinya..

Jom kita baca sedikit keistimewaan produk Mary Kay System For Acne-Prone Skin ini.

FAKTA RINGKAS PRODUK :
THE MARY KAY ® SYSTEM FOR ACNE-PRONE SKIN



* Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk memastikan kulit bersih dan  daripada jerawat 

* Ia memastikan pori tidak tersumbat. 

* Apabila minyak dihasilkan, ia terbentuk ke atas dan keluar melalui pori untuk melincirkan kulit. 

*Tetapi dalam kes 
kulit yang mudah diserang jerawat, sel kulit mati yang biasanya tanggal begitu sahaja telah terkumpul di dalam pori dan memerangkap minyak di dalamnya.

* Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin dirumus untuk menanggalkan kulit mati 
di permukaan daripada pori.

* Ia membantu mengurangkan minyak berlebihan.

* Minyak dihasilkan dalam kelenjar sebum yang terletak di bawah permukaan kulit.

* Dan jumlah tertentu minyak diperlukan untuk melembutkan kulit serta mengekalkan sekatan pelindungnya, minyak berlebihan boleh menyumbat pori. 

*Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk membantu menanggalkan minyak 
berlebihan.

SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKANNYA??

* Penghidap jerawat ringan hingga sederhana.

* Remaja yang mengalami masalah jerawat juga boleh menggunakannya.

* Kaum lelaki yang juga mengalami masalah jerawat.

KELEBIHANNYA.

1) Dirumus dengan 2% asid salisilik, produk ini menembusi pori untuk membersihkan minyak dan daki terperangkap, 
membantu membersihkan kecelaan jerawat dan mengawal minyak berlebihan. 

2) Semua produk ini mengandungi bahan 
botani seperti Canadian willowherb, sea heather dan burdock root.

SENARAI PRODUK DI DALAM MARY KAY ® SYSTEM FOR ACNE-PRONE SKIN

1) Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin

- ialah formula jernih, ringan yang memastikan kulit mati di permukaan 
tidak terkumpul di dalam pori serta membantu menanggalkan minyak berlebihan. 

-Ia cepat bertukar kepada busa 
lembut dan dibilas bersih tanpa meninggalkan sisa, menjadikan kulit bersih, segar dan sedia untuk langkah seterusnya.

- Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin dirumus untuk menanggalkan kulit mati 
di permukaan daripada pori.

2) Pore-Purifying Serum for Acne-Prone Skin 

-ialah serum lut cahaya, lembut bak sutera yang membantu mengawal 
minyak yang menyebabkan jerawat.

- Ia cepat meresap dan membantu mengecilkan pori serta mengurangkan kilat 
muka. 

-Ia dirumus untuk disapu pada seluruh muka, kecuali di kawasan mata.

3) Spot Solution for Acne-Prone Skin 

-mengatasi kecelaan dan membantu mengurangkan bakal letusan kulit.

- Krim 
yang sangat berkesan ini cepat meresap dan tidak meninggalkan sisa. 

-Ia dirumus untuk dipakai pada kecelaan 
berasingan, bukannya disapu pada seluruh muka.

CARA PENGGUNAAN

1) Clarifying Cleanser for Blemish-Prone Skin

2) Pore-Purifying Serum for Blemish-Prone Skin

3)Spot Solution for Blemish-Prone Skin



MARY KAY ® SYSTEM FOR ACNE-PRONE SKIN CONVENIENT SET

Terdapat juga dalam saiz kecil yang sesuai untuk pergi melancong dan sebagainya.

Untuk yang mengalami masalah jerawat mungkin anda ingin mencuba produk ini...

Semoga perkongsian Aza memberi manfaat pada semua...

GELEBER DAN KURANG ANJAL

Salam hari ahad, baru selesai gosok baju anak-anak. Cuti begini banyak rutin suri rumah yang perlu di selesaikan.

Malam ini Aza nak kongsi dengan anda persediaan Aza untuk memulihkan kembali penampilan diri ketika dalam pantang nanti.

Salah satu masalah yang biasanya timbul selepas bersalin adalah masalah geleber dan kendur di sesetengah anggota badan seperti perut, bawah lengah ,peha dan pinggul.

Pantang cara tradisional biasanya kita di galakkan memakai bengkung dan menyapu campuran limau nipis dan kapur untuk menegangkan kembali perut kita selepas bersalin tapi bagaimana kawasan lain? Terutamanya bagi yang berisi sedikit ketika mengandung kemudian badan kembali susut selepas bersalin tapi mengalami masalah geleber dan keanjalan berkurangan seperti di bawah lengan, peha, pinggul dan sebagainya.

Jom kita baca sedikit punca terjadinya geleber @ kurang anjal...

GELEBER

Apabila kulit semakin berusia, kadar penghasilan elastin dan kolagen yang semakin kurang menyebabkan ia lebih mudah menggeleber. 

Kulit yang lebih tua juga cenderung dipengaruhi graviti; gelambir pada rahang dan kawasan bawah mata adalah contoh kesan tarikan graviti terhadap kulit.

Untuk orang mengandung pula berpunca dari perubahan bentuk badan kita ketika mengandung yang mengurangkan struktur kolagen dan elastin badan kita.

Apa persediaan Aza???


FAKTA RINGKAS PRODUK:
TIMEWISE BODY™ TARGETED-ACTION® TONING LOTION

KESAN PENGGUNAANNYA

1) kulit nampak lebih licin

2) kulit nampak rapi

 3) kontur badan  nampak licin

4) kulit nampak lebih tegang 

5) kontur badan nampak lebih tegang

6) kulit nampak lebih halus

BAHAN-BAHAN 

🔼Ekstrak Acai Berry (Euterpe Oleracea), Vitamin E (Tocopherol Acetate),
Ekstrak Daun Myrtle (Myrtus Communis Leaf), Ekstrak Teh Hijau (CamelliaSinensis Leaf), Ekstrak Gotu Kola (Centelle Asiatica), Horse Chestnut 
(Aesculus Hippocastanum)

-Antioksidan bertindak sebagai penghapus radikal 
bebas, membantu meneutralkan kerosakan oksidatif.

-Vitamin E juga mempunyai ciri penenang. 

🔼Ekstrak Biji Labu (Cucurbita Pepo)

- Membantu merangsang pertumbuhan kolagen

🔼Ekstrak Biji Argan (Argania Spinosa Kernel) 

-Membantu merangsang protein yang vital kepada Pertemuan Derma Epidermis (DEJ).

🔼Kafeina dan Ekstrak Biji Coffea Arabica

- Membantu meningkatkan paras tenaga sel, juga dikenal pasti dapat membantu 
menanggalkan cecair berlebihan daripada sel supaya kulit kelihatan lebih licin, terutamanya di kawasan yang bermasalah. 

🔼Ekstrak Hawthorne Berry 

-Membantu menambah baik nada kulit

🔼Gliserin Emolien

- yang membantu mengimbangkan atau mengekalkan paras 

ARAHAN PEMAKAIAN

Urut secara lembut pada kulit di seluruh badan, elakkan bahagian muka. Gunalah pada pagi dan malam.

Produk ini sememangnya Aza amalkan sebelum ini, Alhamdulillah nampak perubahan tetapi sejak mengandung Aza terpaksa rehatkan sebentar kerana produk ini tidak di galakkan untuk ibu mengandung kerana menggandungi Kafein.

So Aza akan sambung masa berpantang nanti untuk membantu menkonturkan semula bentuk badan Aza.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang tercari-cari produk yang membantu mereka menganjalkan semula anggota badan anda.

SELULIT

Apa itu Selulit? 



👉Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. 

👉Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang  selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. 

👉Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen.

👉 Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. 

👉Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

👉Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. 

👉Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein. Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

👉Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. 

👉Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.


Bagaimana Selulit Boleh Terjadi :

1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam

4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit

5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit 

7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman  

Sumber dari :

http://info-kesihatan-terkini.blogspot.com


Selulit selalu merungsingkan kaum wanita yang menyebabkan penampilan kita kurang menarik, selulit juga di alami oleh kaum lelaki.

Ada juga sesetengah wanita mengalami selulit ini ketika mengandung ini di sebabkan oleh perubahan bentuk badan mereka terutama di kawasan perut ,peha dan pinggul.

Alhamdulillah Aza tidak mempunyai selulit tetapi suami Aza ada sedikit di kawasan peha.

Aza hadiahkan dia satu produk dari Mary Kay yang membantu mengurangkan selulit di pehanya.


Jom kita intai apa kelebihan produk ini..

FAKTA RINGKAS PRODUK 
TIMEWISE BODY™ SMOOTH-ACTION™ CELLULITE GEL CREAM 

MANFAAT DAN DAKWAAN:

🔼Jika anda merupakan salah seorang daripada berjuta-juta orang wanita yang mempunyai masalah selulit, anda 
memang faham akan perasaan malu untuk menyembunyi kawasan-kawasan tertentu pada badan anda. 

🔼Kini, TimeWise Body™ Smooth-Action™ Cellulite Gel Cream memberikan anda kuasa untuk mengambil tindakan terhadap zon-zon yang merungsingkannya - terutamanya kawasan pinggul dan paha.

🔼Hanya perlu gunakan satu produk sebanyak dua kali sehari pada kawasan selulit untuk mendapatkan manfaat-manfaat yang menakjubkan itu, kebanyakan wanita mengatakan bahawa ia mengurangkan tampilan selulit secara dramatik dan kawasan-kawasan tersebut tampak lebih tegang dan licin. 

🔼Kebanyakan produk-produk selulit memerlukan teknik-teknik mengurut yang ekstensif agar mendapatkan kesan yang 
diingini, akan tetapi, dengan inovasi terbaru TimeWise Body™ anda tidak perlu berbuat demikian. 

🔼Anda hanya perlu menyapukan krim gel yang bertekstur ringgan ini seperti menggunakan losen badan,mengurutkannya secara
keseluruhan pada kulit sehingga ia diserap sepenuhnya. 

🔼Kesan penyerapan pada kulit yang cepat membolehkan anda tidak perlu tunggu lama untuk pakai baju - ia memang memenuhi gaya hidup wanita yang sibuk! 

🔼Krim gel yang berkuasa ini mengandungi asid glikolik, kafeina, 
minyak argan, tambah dengan ekstrak bahan botani dan marin, gabungan bahan-bahan hebat ini telah dirumus ke dalam formula yang berkuasa untuk meminimakan tampilan selulit serta mengembalikan tampilan kulit yang muda. 

KESAN PENGGUNAANNYA

1) selulit menjadi kurang ketara 

2) kulit berasa lebih tegang 

3) kulit lebih anjal dan licin. 

CARA PENGGUNAANNYA

⭐sapu pada satu kawasan, gunakan krim gel yang mencukupi untuk melitupi setiap kawasan yang mempunyai selulit. 

⭐Mengurut secara keseluruhan dengan menggunakan tangan sehingga diserap 
sepenuhnya, seperti mengunakan losen badan yang biasa. 

⭐Sapukan dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam. 

Pada mereka yang mempunyai masalah selulit mungkin boleh mencuba produk ini. 

Saturday, 9 May 2015

JERAWAT

JERAWAT , JENIS-JENIS JERAWAT,  PUNCA DAN JUGA CARA PENJAGAAN WAJAH.

Aza dah kongsi dengan anda jenis-jenis kulit wajah kita sebelum ini , malam ini Aza nak kongsi pula sedikit info mengenai satu dari pelbagai masalah kulit wajah kita iaitu jerawat.

Jerawat sememangnya masalah kulit wajah yang ramai antara kita akan rasa rungsing, kurang keyakinan dalam penampilan kita.

Jerawat boleh di rawat sekiranya kita mengikut keadah yang betul tapi bagi jerawat yang berpunca dari masalah kesihatan seperti resdung hendaklah kita rujuk dengan doktor pakar yang bertauliah kerana resdung adalah sejenis penyakit dari dalam badan kita. Rawatan dari luaran sahaja tidak mencukupi kerana pesakit resdung biasanya akan mengalami pertumbuhan jerawat berulang sekiranya mereka tidak merawat penyakit resdung mereka dari dalam badan mereka.

Jom kita kenali apa jenis-jenis jerawat dan tips menjaga kulit wajah yang berjerawat.



 ♦Kenali Punca-punca Jerawat♦

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

➡ Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

➡ Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

➡ Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

➡ Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

➡ Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

➡ Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

➡ Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Tips Jaga Muka Berjerawat

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.

4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi. (SCRUB)

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10. Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.

Semoga info-info ini dapat membantu kita lebih memahami tentang masalah kulit berjerawat ini.

Sumber rujukan : http://www.drhasseenah.com
http://www.byejerawat.com