Sunday 10 May 2015

SELULIT

Apa itu Selulit? 



👉Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. 

👉Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang  selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. 

👉Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen.

👉 Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. 

👉Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

👉Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. 

👉Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein. Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

👉Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. 

👉Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.


Bagaimana Selulit Boleh Terjadi :

1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam

4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit

5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit 

7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman  

Sumber dari :

http://info-kesihatan-terkini.blogspot.com


Selulit selalu merungsingkan kaum wanita yang menyebabkan penampilan kita kurang menarik, selulit juga di alami oleh kaum lelaki.

Ada juga sesetengah wanita mengalami selulit ini ketika mengandung ini di sebabkan oleh perubahan bentuk badan mereka terutama di kawasan perut ,peha dan pinggul.

Alhamdulillah Aza tidak mempunyai selulit tetapi suami Aza ada sedikit di kawasan peha.

Aza hadiahkan dia satu produk dari Mary Kay yang membantu mengurangkan selulit di pehanya.


Jom kita intai apa kelebihan produk ini..

FAKTA RINGKAS PRODUK 
TIMEWISE BODY™ SMOOTH-ACTION™ CELLULITE GEL CREAM 

MANFAAT DAN DAKWAAN:

🔼Jika anda merupakan salah seorang daripada berjuta-juta orang wanita yang mempunyai masalah selulit, anda 
memang faham akan perasaan malu untuk menyembunyi kawasan-kawasan tertentu pada badan anda. 

🔼Kini, TimeWise Body™ Smooth-Action™ Cellulite Gel Cream memberikan anda kuasa untuk mengambil tindakan terhadap zon-zon yang merungsingkannya - terutamanya kawasan pinggul dan paha.

🔼Hanya perlu gunakan satu produk sebanyak dua kali sehari pada kawasan selulit untuk mendapatkan manfaat-manfaat yang menakjubkan itu, kebanyakan wanita mengatakan bahawa ia mengurangkan tampilan selulit secara dramatik dan kawasan-kawasan tersebut tampak lebih tegang dan licin. 

🔼Kebanyakan produk-produk selulit memerlukan teknik-teknik mengurut yang ekstensif agar mendapatkan kesan yang 
diingini, akan tetapi, dengan inovasi terbaru TimeWise Body™ anda tidak perlu berbuat demikian. 

🔼Anda hanya perlu menyapukan krim gel yang bertekstur ringgan ini seperti menggunakan losen badan,mengurutkannya secara
keseluruhan pada kulit sehingga ia diserap sepenuhnya. 

🔼Kesan penyerapan pada kulit yang cepat membolehkan anda tidak perlu tunggu lama untuk pakai baju - ia memang memenuhi gaya hidup wanita yang sibuk! 

🔼Krim gel yang berkuasa ini mengandungi asid glikolik, kafeina, 
minyak argan, tambah dengan ekstrak bahan botani dan marin, gabungan bahan-bahan hebat ini telah dirumus ke dalam formula yang berkuasa untuk meminimakan tampilan selulit serta mengembalikan tampilan kulit yang muda. 

KESAN PENGGUNAANNYA

1) selulit menjadi kurang ketara 

2) kulit berasa lebih tegang 

3) kulit lebih anjal dan licin. 

CARA PENGGUNAANNYA

⭐sapu pada satu kawasan, gunakan krim gel yang mencukupi untuk melitupi setiap kawasan yang mempunyai selulit. 

⭐Mengurut secara keseluruhan dengan menggunakan tangan sehingga diserap 
sepenuhnya, seperti mengunakan losen badan yang biasa. 

⭐Sapukan dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam. 

Pada mereka yang mempunyai masalah selulit mungkin boleh mencuba produk ini. 

No comments:

Post a Comment