Wednesday 26 August 2015

SAAT INDAH BERSAMA MARY KAY


Assalamualaikum....

Pejam celik Alhamdulillah puteri syurga ibu telah berumur 42 hari pada hari ini.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kami berpantang.

 5 tahun kali terakhir memiliki anak kecil, banyak perkara yang Aza terasa kekok.

Terutama waktu jadual rehat dan tido yang tidak menentu, di tambah dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang lagi putera yang sudah mula bersekolah. Terasa letih bila segalanya perlu di uruskan. Kadangkala ketika duduk pun boleh tertidur.

Benarlah..kerja sebagai surirumah sepenuh masa bukanlah sesuatu yang mudah terutama apabila hadirnya anak syurga di dalam kehidupan kita.

Tetapi saat yang  paling indah adalah bila kita dapat melihat anak-anak membesar di depan mata.walau kadangkala kerenah anak-anak buat Aza berubah menjadi 'Monster' tapi melihat kerenah-kerenah mereka adalah satu kepuasan buat Aza.

Jika satu ketika dulu, pulang dari kerja masa terhad untuk mereka.balik kerja terkejar-kejar untuk memasak dan mengemas rumah.sudahnya nak bertanya masalah dan kerja sekolah mereka tidak berdaya akibat masa yg terhad.

Alhamdulillah..terasa indah dan nikmat bila dapat melihat aktiviti anak-anak di depan mata.dapat dengar mereka bercerita bila pulang dari sekolah.

"Ibu...tadi Nazmi ..bla..bla.." cerita si putera sulung.

"Ibu...Syauqi pun tadi..bla..bla.." cerita pula si putera kedua.

Dan paling indah bila mereka bertanya begini.

"Ibu masak apa hari ini? Wah! ayam goreng, sedapnya.."

Satu kepuasan dapat menyediakan hidangan dari air tangan sendiri.

Inilah rutin Aza kini dan Aza bersyukur ke hadrat Illahi diberikan nikmat yang indah ini.

Keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan memiliki kerjaya di dalam dunia Mary Kay adalah pilihan terbaik.

Kerjaya Mary Kay memberikan Aza masa yang fleksibel.

Ibu mana yang tak nak bersama anak-anak 24 jam, menikmati saat mereka membesar di depan mata.

Siapa kata surirumah tidak memiliki sumber pendapatan?

As long kita berusaha, kita cari jalan.In Shaa Allah pasti boleh.

Kini ramai yang boleh berjaya dalam kerjaya mereka tanpa perlu berada di pejabat dari 8 pagi hingga 5 petang.

Apa yang penting diri kita, kita yang menentukan apa yang kita inginkan,apa yang kita suka dalam kehidupan kita.

Melihat anak-anak membesar di depan mata hanya datang sekali dalam seumur hidup dan Aza memilih untuk tidak melepaskan saat indah ini.

Dan Aza sayangkan kerjaya sebagai Perunding Kecantikkan Bebas Mary Kay kerana Dunia Mary Kay telah banyak mengajar Aza untuk meletakkan keutamaan Allah di tempat pertama, keluarga di tempat kedua dan kerjaya di tempat ketiga.

Setiap perancangan Allah untuk diri Aza adalah yang terbaik buat Aza....Alhamdulillah..

Thursday 13 August 2015

Penjagaan wajah juga bermula dari dalam

Assalamualaikum.w.b.t...

Alhamdulillah..Allah berikan nikmat untuk Aza bernafas lagi.Semalam setahun lagi usia Aza bertambah...

Syukur ke hadrat Ilahi yang tak terhingga kerana menghadiahkan Aza seorang puteri syurga yang Aza dan suami nantikan selama 5 tahun.Inilah hadiah ulang tahun yang terindah hingga suami nak bagi hadiah pun Aza tolak dengan baik, cukuplah dengan hadiah anak syurga yang tidak ternilai ini.

Shaza Najwa nama di beri...semoga dirimu menjadi anak yg solehah wahai puteri syurga..Amin.

Bermulalah rutin diri ini yang tidur tak menentu..time begini semua lena di ulit mimpi,Aza jadi burung hantu tak boleh lelapkan mata.

Malam ini Aza nak kongsikan sedikit tips kecantikkan.

Kecantikkan bukan sahaja bergantung pada produk penjagaan wajah, kecantikkan wajah juga datang dari dalaman kita dari hati kita..sentiasalah berfikiran positif, sentiasa menjaga Amalan kita.Sentiasa bersihkan hati kita.Hati yang bersih, tenang akan buat kita sentiasa tersenyum dan senyuman itulah yang akan menyerlahkan kecantikkan kita.

Satu lagi tips penjagaan wajah dalaman adalah penjagaan pemakanan kita.Jagalah pemakanan kita.makanlah makanan yang seimbang dan dengan peredaran zaman yang semuanya perlukan kepantasan, banyaklah juga wujudnya makanan-makanan SEGERA untuk orang-orang yang semuanya nk segera.

Amalan pengambilan produk makanan tambahan (supplement) juga penting buat kita.carilah produk makanan tambahan yang selamat dan serasi dengan anda. Untuk Aza, Aza amalkan pengambilan produk makanan tambahan SHAKLEE untuk kesihatan tubuh badan, untuk membantu dalam penjagaan wajah juga malah setelah bersalin untuk membantu menambahkan pengeluaran susu badan. Alhamdulillah amalan pengambilan makanan tambahan sejak 2 tahun lalu seiring dengan permulaan langkah Aza menggunakan produk penjagaan wajah Mary Kay banyak membantu Aza, semoga niat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya sehingga Najwa berusia 2 tahun tercapai..Amin.

So jangan abaikan kesihatan anda..jangan abaikan faktor kesihatan dalaman anda.Makanan tambahan juga membantu untuk anda sentiasa kelihatan menarik. Seimbangkan kedua-duanya faktor kecantikkan luaran dan juga dalaman terutama bagi kita yang telah berumah tangga.

Sekiranya anda ingin tips atau rutin pengambilan makanan tambahan Aza..boleh bertanya lebih lanjut yer..

Antara yang wajib ada dirumah Aza