PENJAGAAN MATA


TIMEWISE® TARGETED-ACTION™ EYE REVITALIZER 

AHLI SAINS KAMI BERKATA, 

" Kerana terdapat pelbagai faktor luaran dan dalaman yang boleh menyebabkan lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. Masalah kecantikan biasa ini selalunya sukar diurus. Inilah yang menjadikan TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer begitu hebat. "

FAKTA:  

Ratusan ramuan telah diuji secara ekstensif oleh ahli-ahli sains di Makmal Penjagaan Kulit Mary Kay untuk mencari yang paling berkesan bagi mengatasi pelbagai punca penyebab lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. 

FAEDAH & PERAKUAN 

Selepas hanya dua minggu, 7 daripada 10 wanita mengatakan lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata mereka menjadi kurang ketara.* 

BAGAIMANA IA BERTINDAK 

 Kejadian lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata mungkin disebabkan oleh dedahan persekitaran, penuaan dan melanin berlebihan.

 Ahli-ahli sains Mary Kay menentukan ramuan yang paling berkesan untuk mengatasi pelbagai punca berlakunya lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. 

 Kebanyakan daripada ramuan ini diperoleh daripada bahan botani dan digabungkan dengan peptide dan bahan bukan botani yang lain, ia berupaya memberikan hasil yang paling menakjubkan. 

RAMUAN UTAMA & FUNGSI 

Citrus peel (Apigenen) Antioksidan 
 Telah menunjukkan keupayaan merapi dan mengatasi unsur persekitaran tertentu 
 Membantu melindungi kulit dan mengekalkan sekatan penyokong semula jadi  

Ekstrak Mentimun (Cucumis sativa)  
Agen Penenang 
 Menunjukkan keupayaan mengurangkan kemunculan nada kulit tidak sekata 

Ekstrak Isirung Oat (Avena sativa)  
Perapi dan Agen Penenang 
 Menunjukkan keupayaan merapikan kulit, membantu mengatasi usur persekitaran tertentu. 

Gotu (Centella asiatica) Perapi dan Agen Penyegar 

 Membantu melindungi kulit dan mengekalkan sekatan penyokong semula jadi  
 Meningkatkan mikroperedaran untuk mengelakkan cecair berlebihan terkumpul di bawah mata.  

PEMAKAIAN 

Urutan Catatan tentang Urutan Pemakaian  Arahan Membersih Mengelupas  Menyegar Suplemen Melembap Melindungi /Mengemas 

 Sebelum memakai mana-mana produk kawasan mata, letakkan bebuli penggelek di satu sudut mata dan gelek aplikator itu ke arah sudut berentangan dan kembali ke tempat asal. Ini sudah memadai untuk anda.  Pegang botol pada satu sudut untuk mengeluarkan serum pada bebuli penggelek. Luncurkan bebuli penggelek di kawasan bawah mata, tidak perlu menekan. Tepuk secara lembut dengan jari manis. 

TIMEWISE® AGE-FIGHTING EYE CREAM 

PENYELIDIK PERUBATAN MEMBERITAHU KAMI, 

“Kulit di sekitar mata mempunyai sedikit kelenjar sebum dan kurang kolagen serta elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. Apabila manusia semakin meningkat usianya, pad lemak di bawah dermis berkurang, menyebabkan kulit nampak lebih nipis dan geronggang di bawah mata. Ciri-ciri unik kulit di sekitar mata ini memerlukan perhatian tambahan.” 

FAKTA:  

Kulit di sekitar mata ialah yang paling nipis, paling halus di muka. 

FAEDAH & PERAKUAN 

 Sembilan daripada 10 wanita menampakkan kulit yang tampak lebih muda dengan kedutan yang kurang ketara selepas lapan minggu menggunakan produk ini secara berterusan

BAGAIMANA IA BERTINDAK  

 TimeWise® Age Fighting Eye Cream mengandungi ramuan yang memberikan faedah segera dan jangka panjang untuk mengurangkan tanda penuaan di kawasan mata yang halus. Ia mengandungi: 
o Peptida perangsang kolagen 
o Ramuan pembaur cahaya mencerahkan kulit di bawah mata 
o Perapi kulit semula jadi yang diperoleh daripada sayuran mengikat air untuk menghidratkan dan menggebukan kulit supaya kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin dan lebih lembap. 

RAMUAN UTAMA & FUNGSI 

Shea Butter (Butyrospermum parkii) 
Emolien: Membantu mengekalkan kelembutan, kelicinan dan kehalusan kulit. 

Palmitoyl Pentapeptide-3 Asid Amino dan Peptida serta terbitannya: Digunakan untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ramuan ini merupakan blok binaan untuk protein seperti kolagen. 

Arahan Pemakaian 

Sapukan secara lembut di kawasan sekitar mata


TIMEWISE® FIRMING EYE CREAM

PENYELIDIK PERUBATAN MEMBERITAHU KAMI 

"Kulit di sekitar mata mempunyai sedikit kelanjar sebum, kurang kolagen dan elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. Apabila usia seseorang semakin meningkat, pad lemak di bawah dermis mulai kurang, menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis dan geronggang di bawah mata. Ciri unik kulit di kawasan mata menyebabkan ia memerlukan perhatian yang lebih. "


FAKTA:  

Kulit di sekeliling mata adalah paling nipis, paling manja di muka. 

FAEDAH & PERAKUAN*  

. 96% Memperlihatkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit di sekitar mata. 
100% Memperlihatkan pengurangan kekasaran dan kekeringan kulit secara ketara di sekitar mata  Hingga  
25% Kulit di sekitar mata lebih tegang hingga 
40% Kurang lingkaran hitam di bawah mata hingga 
75% Kulit bertambah lembut di sekitar mata  

BAGAIMANA IA BERTINDAK

  Apabila kulit semakin tua, ia kehilangan lembapan dan menjadi kering serta berliang, lantas melemahkan pertahanan semula jadi yang melindungi anda daripada radikal bebas dan acaman persekitaran. 

 TimeWise® Firming Eye Cream bertindak untuk memberi perlindungan yang lebih kepada kulit halus di kawasan mata sambil mengatasi kerosakan yang terjadi. 
o Kuasa gabungan dwi peptida penguat kolagen bertindak untuk membina/ memulihkan struktur penyokong untuk mencergaskan semula sel supaya kulit lebih tegang.  
o Ekstrak bahan botani yang menenangkan serta agen pencerahan digunakan untuk merapi dan mempersiapkan kulit supaya dilembapkan bagi menghasilkan nada kulit yang lebih sekata

RAMUAN UTAMA & FUNGSI 

Palmitoyl Tetrapeptide-3 Asid Amino dan Peptida & terbitannya: Digunakan untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ramuan ini merupakan blok binaan protein seperti kolagen. 

Palmitoyl Oligopeptide Asid Amino dan Peptida & terbitannya: Digunakan untuk mengekalkan kulit yang sihat. Ramuan ini merupakan blok binaan protein seperti kolagen.  

Ekstrak Daun Aloe  (Aloe barbadensis extract) Pelembap/Penghidrat: Membantu merapi dan melicinkan kulit dengan menambah, menarik atau mengekalkan lembapan.  Agen Penenang: Terkenal dengan ciri menenang dan menenteramkan

Arahan 

 Tekan secara lembut di kawasan sekitar mata. 


1 comment: