Wednesday 29 July 2015

Lotus & Bamboo Loofah Body Cleanser


LOTUS & BAMBOO LOOFAH BODY CLEANSER

Assalamualaikum... 

Hari ini genap 15 hari Aza dalam pantang, sekejap sahaja masa berlalu. Alhamdulillah Najwa pun tidak mengalami jaundice lagi. Lega rasanya..

Sudah 5 tahun tidak memiliki anak kecil, macam kekok pulak menguruskan masa untuk diri sendiri dan keluarga.Agak kelam kabut jadual masa Aza.Rehat dan tidur tidak menentu..akhir tengah malam begini berjaga..jam di dinding menunjukkan pukul 12.30 am..he..he..

Ramai kawan-kawan bertanya dengan Aza bagaimana penjagaan Aza masa pantang sebab maklumlah pantang urus diri semuanya sendiri.

Aza gunapakai pantang bercampur tradisional dan juga moden.Ikut keselesaan diri Aza.

Malam ini nak share tentang produk mandian yang Aza gunakan selama ini dan sepanjang tempoh berpantang. Apa yang menariknya produk ini dia di gunakan sebagai scrub untuk membuang daki-daki seluruh badan.

Selain itu dengan bau haruman bunga Lotus dan Bamboo (buluh) memberikan aroma menarik ketika menggunakannya yang memberikan gambaran seperti kita berada di bawah rimbunan pohon-pohon buluh dan di kelilingi dengan tasik yang di penuhi dengan bunga-bunga lotus


Gambar Hiasan
Sumber : Mr.Google




Friday 24 July 2015

TW Targeted Action Toning Lotion

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua... Aza menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada yg terguris dan terkasar bahasa dari pihak Aza selama ini...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi Aidilfitri kali ini cukup bermakna buat Aza sekeluarga kerana di meriahkan dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami...

3 tahun penantian kami untuk menambah ahli baru di makbulkan Ilahi..
Alhamdulillah lebih indah bila Allah makbulkan doa kami untuk di kurniakan "Puteri" untuk menjadi penyeri keluarga kami.

Hari ini genap 11 hari Aza di dalam pantang, Alhamdulillah Aza dan baby semakin sihat..

Semoga kehadiran "Puteri" ini membuka lebih luas pintu rezeki buat kami sekeluarga...Amin..

Hari ini Aza nak share sedikit dengan anda tentang rutin penjagaan Aza semasa pantang...

Jika mengamalkan pantang tradisional kebanyakkan kita akan menggunakan kapur dan limau purut untuk di sapu di bahagian perut untuk mengempiskan perut kita...

Tapi bagi Aza, Aza menggunakan Timewise Targeted Action Toning Lotion dari Mary Kay untuk membantu Aza mengurangkan kekenduran di bahagian perut akibat kehamilan dahulu..malah Aza juga sapukan pada seluruh peha, pinggul dan lengan untuk menganjalkan semula bahagian-bahagian ini yang berlaku perubahan akibat kehamilan.

Produk ini membantu menegangkan kulit dan menghidratkan kulit kita.

Aza guna pagi dan petang selepas mandi..urutkan lembut di bahagian perut, peha, pinggul dan lengan.kemudian Aza amalkan pemakaian barut di bahagian perut dan pinggul.Cara tradisional tetap Aza tidak lupakan...

Bagi yang ingin mengetahui lanjut tentang produk yang menarik ini bolehlah hubungi Aza yer..

Selamat Berhari Raya buat semua..