Sunday 10 May 2015

JERAGAT DAN PARUT HITAM

JERAGAT DAN PARUT HITAM




* Jeragat bermula dengan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan melanin - sejenis pigmen pelindung kulit. 

* Satu melanosit akan mengawal 10 hingga 15 sel yang menapis sinar ultralembayung - penyebab mutasi pada kulit.

* Melanosit memberikan warna pada kulit dan penduduk Asia mempunyai lebih banyak melanosit ekoran sering terdedah kepada sinaran matahari.

* Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. 

* Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. 

*Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 ( Wanita: Lelaki). 

*Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . 

* Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun.

* Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. 

* Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:

1)Epidermal, iaitu jeragat berada pada lapisan atas kulit

2)Dermal, iaitu jeragat berada pada lapisan dalam kulit

*Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. 

*Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . 

* Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. 

*Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. 

*Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. 

*Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. 

*Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. 

*Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. 

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1) Terdedah kepada cahaya matahari terik

- Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapatahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akanbertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles danlentigenes ialah saiznya.


2) Penggunaan hormone. Contohnya Pil perancang

3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai

4) Keturunan.

5) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

6) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. 

* Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat.

* Age spots, freckles dan lentigenespula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.


Sumber dari :

drlinaaestheticblog-timeless.blogspot.com 
&
www.drhasseenah.com

No comments:

Post a Comment