Sunday 10 May 2015

GELEBER DAN KURANG ANJAL

Salam hari ahad, baru selesai gosok baju anak-anak. Cuti begini banyak rutin suri rumah yang perlu di selesaikan.

Malam ini Aza nak kongsi dengan anda persediaan Aza untuk memulihkan kembali penampilan diri ketika dalam pantang nanti.

Salah satu masalah yang biasanya timbul selepas bersalin adalah masalah geleber dan kendur di sesetengah anggota badan seperti perut, bawah lengah ,peha dan pinggul.

Pantang cara tradisional biasanya kita di galakkan memakai bengkung dan menyapu campuran limau nipis dan kapur untuk menegangkan kembali perut kita selepas bersalin tapi bagaimana kawasan lain? Terutamanya bagi yang berisi sedikit ketika mengandung kemudian badan kembali susut selepas bersalin tapi mengalami masalah geleber dan keanjalan berkurangan seperti di bawah lengan, peha, pinggul dan sebagainya.

Jom kita baca sedikit punca terjadinya geleber @ kurang anjal...

GELEBER

Apabila kulit semakin berusia, kadar penghasilan elastin dan kolagen yang semakin kurang menyebabkan ia lebih mudah menggeleber. 

Kulit yang lebih tua juga cenderung dipengaruhi graviti; gelambir pada rahang dan kawasan bawah mata adalah contoh kesan tarikan graviti terhadap kulit.

Untuk orang mengandung pula berpunca dari perubahan bentuk badan kita ketika mengandung yang mengurangkan struktur kolagen dan elastin badan kita.

Apa persediaan Aza???


FAKTA RINGKAS PRODUK:
TIMEWISE BODY™ TARGETED-ACTION® TONING LOTION

KESAN PENGGUNAANNYA

1) kulit nampak lebih licin

2) kulit nampak rapi

 3) kontur badan  nampak licin

4) kulit nampak lebih tegang 

5) kontur badan nampak lebih tegang

6) kulit nampak lebih halus

BAHAN-BAHAN 

🔼Ekstrak Acai Berry (Euterpe Oleracea), Vitamin E (Tocopherol Acetate),
Ekstrak Daun Myrtle (Myrtus Communis Leaf), Ekstrak Teh Hijau (CamelliaSinensis Leaf), Ekstrak Gotu Kola (Centelle Asiatica), Horse Chestnut 
(Aesculus Hippocastanum)

-Antioksidan bertindak sebagai penghapus radikal 
bebas, membantu meneutralkan kerosakan oksidatif.

-Vitamin E juga mempunyai ciri penenang. 

🔼Ekstrak Biji Labu (Cucurbita Pepo)

- Membantu merangsang pertumbuhan kolagen

🔼Ekstrak Biji Argan (Argania Spinosa Kernel) 

-Membantu merangsang protein yang vital kepada Pertemuan Derma Epidermis (DEJ).

🔼Kafeina dan Ekstrak Biji Coffea Arabica

- Membantu meningkatkan paras tenaga sel, juga dikenal pasti dapat membantu 
menanggalkan cecair berlebihan daripada sel supaya kulit kelihatan lebih licin, terutamanya di kawasan yang bermasalah. 

🔼Ekstrak Hawthorne Berry 

-Membantu menambah baik nada kulit

🔼Gliserin Emolien

- yang membantu mengimbangkan atau mengekalkan paras 

ARAHAN PEMAKAIAN

Urut secara lembut pada kulit di seluruh badan, elakkan bahagian muka. Gunalah pada pagi dan malam.

Produk ini sememangnya Aza amalkan sebelum ini, Alhamdulillah nampak perubahan tetapi sejak mengandung Aza terpaksa rehatkan sebentar kerana produk ini tidak di galakkan untuk ibu mengandung kerana menggandungi Kafein.

So Aza akan sambung masa berpantang nanti untuk membantu menkonturkan semula bentuk badan Aza.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang tercari-cari produk yang membantu mereka menganjalkan semula anggota badan anda.

No comments:

Post a Comment