Saturday 9 May 2015

APA JENIS KULIT WAJAH KITA

Assalamualaikum semua..

Hari dah lewat tapi mata tetap tidak boleh lelap.

Hari ini hari istimewa buat insan-insan bergelar 'Ibu'..tapi sebagai orang muslim setiap hari juga adalah hari untuk kita memperingati kedua ibu bapa kita.

Amalkan sedekahkan surah Al-Fatihah buat ibu bapa kita termasuk ibu bapa mentua bagi yang dah berkahwin, tidak kiralah samada mereka masih hidup atau telah kembali kepada penciptaNya.

Terasa rindu pada mak dan abah di kampung.Aza dan suami memang akan pastikan kami boleh balik ke kampung sekerap mungkin menjengah mereka.Alhamdulillah isu balik rumah ibu bapa kami tidak pernah timbul kerana ibu bapa mentua Aza hanya duduk bersebelahan dengan rumah kami.Jadi setiap hari dan masa memang mereka di depan mata..he..he...

Ok..bukan nk berceloteh tentang keluarga Aza sebenarnya..sebenarnya nak berkongsi dengan anda semua tentang jenis-jenis kulit wajah kita.Masih ramai di luar sana tidak mengetahui jenis kulit mereka sendiri.

Bila di tanya apakah jenis kulit mereka? Banyak yang menjawab jenis kulit berjerawat atau berjeragat.Sebenarnya jerawat dan jeragat bukanlah salah satu jenis kulit tapi sebenarnya tergolong dalam masalah kulit.So jom kita baca jenis-jenis kulit wajah kita mungkin dapat membantu kita menjaga wajah kita dengan lebih baik dan memilih produk penjagaan wajah yang sesuai dengan jenis kulit kita.

Berikut merupakan jenis-jenis kulit kita :

1. Kulit Normal
2. Kulit Berminyak
3. Kulit Kombinasi
4. Kulit Kering


1. Kulit Normal

Kulit jenis biasa (normal) kelihatan halus dan bersih.

Jenis kulit norma memerlukan penjagaan yang ringkas. 

Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau kering, dan ianya biasanya kurang mengalami sebarang masalah kulit.

Pori juga hampir tidak kelihatan.

Pastinya amat beruntung untuk wanita yang memiliki jenis kulit wajah begini.

2. Kulit Berminyak

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori kelihatan jelas.

Kelihatan wajah berkilat akibat penghasilan minyak.

Ia kemungkinan mengalami masalah jerawat kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit dan menyumbang kepada penyumbatan pada liang pori-pori.

Selain itu faktor hormon terutama remaja yang mengalami perubahan dalam proses pembesaran,cuaca@ persekitaran dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. 

Tetapi di sebalik keburukkannya terdapat juga kebaikannya iaitu kulit sebegini lambat mengalami proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi untuk yang memiliki wajah jenis berminyak ini adalah :

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak



3. Kulit Kombinasi

Kulit jenis ini biasanya licin, lembut dan lembab apabila disentuh. 

Kulit jenis ini pula terbahagi dua (2) 

a) Kombinasi lebih kepada kering 

b) Kombinasi lebih kepada berminyak. 

Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. 

Masalah masalah biasa yang mungkin di alami oleh mereka yang memiliki wajah jenis kombinasi ini ialah:

  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead ( Milia Seed )

4. Kulit Kering

Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak @ lembab atau kedua duanya sekali. 

Malah ada setengahnya kulit mereka mengelupas.

Garis-garis halus juga mudah kelihatan.

Kulit terasa tegang dan ketat sedikit terutama bila tersenyum.

Ada pelbagai faktor menyumbang kepada kulit jenis ini antaranya :

a) kelenjar minyak yang kurang aktif 

b) terdedah pada penghawa dingin (air-conditoner), 

c) pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), 

d) kurang minum air dan 

e) ubat-ubatan (medications-Roaccutane).

Untuk mereka yang memiliki jenis kulit ini biasanya mereka kelihatan tua sebelum usianya.

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:

  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka 

Aza harap perkongsian ini dapat membantu kita semua mengenali jenis-jenis kulit kita dan memilih produk yang bersesuaian dengan jenis kulit wajah kita.



No comments:

Post a Comment