Friday 1 May 2015

TIMEWISE® MOISTURE RENEWING SOFTENER



TIMEWISE® MOISTURE RENEWING SOFTENER 

Selamat Hari Pekerja buat semua warga pekerja...

Wah! semua cuti hari ini...warga suri rumah juga yang tidak pernah bercuti kan? he..he...

Inilah tanggungjawab sebagai ibu dan juga isteri tidak pernah ada istilah bercuti.Apa pun saya cukup bahagia di kelilingi suami serta 2 anak lelaki yang kini semakin membesar. Erm nak masak apa yer untuk keluarga hari ini? Sambil melayari Mr.Google mencari resepi sempat Aza nak share dengan semua salah satu produk rutin penjagaan wajah yang Aza gunakan setiap hari.

Inilah produk penjagaan wajah yang Aza gunakan selepas mencuci untuk menjaga dan menyegarkan wajah tapi produk ini ada banyak lagi kelebihannya...Jom kita baca info ringkas mengenai produk ini...

KEISTIMEWAANNYA

1)  Ia menyeduh kulit dengan lembapan.  

TimeWise® Moisture Renewing Softener mengandungi natrium hialuronat
penggemar lembapan, satu humektan kuat yang bertindak seperti span pada kulit anda, membantu menarik lembapan supaya kulit anda boleh menggunakannya secara lebih berkesan. Kulit akan segera dilembapkan dan membantu kulit kelihatan lebih
licin, sihat dan mudah pulih.


2)  Ia membantu mengurangkan keketaraan pori.   


TimeWise® Moisture Renewing Softener dirumus dengan mirtus
komunis, sejenis ekstrak daripada pokok bunga mirtel, dan ekstrak biji lentil yang kedua-duanya dapat membantu menyokong matriks derma kulit. Tekstur kulit kelihatan halus serta dapat mengurangkan keketaraan pori dan garis-garis halus. 


3)  Ia menjadikan kulit kelihatan lebih cerah. 


Dirumus dengan Niasinamida, pelembut ini membelai dan menjadikan kulit
kelihatan lebih cerah, berkilau dengan seri wajah yang sihat. Niasinamida telah menunjukkan keupayaannya mengurangkan kesan kerosakan akibat dedahan kepada UV yang menyebabkan pigmentasi tidak sekata.


SECARA RINGKASNYA SELAPAS MENGGUNAKANNYA
  
1) Kulit berasa lembut dan dihidratkan 
2) Membantu kulit kelihatan lebih licin 
3)  Kulit  berasa disuburkan 
4) Membantu menambah baik tekstur kulit 
5) Mengatakan ia mengurangkan keketaraan pori   


  
RAMUANNYA

1) Natrium Hialuronat 

- Menarik dan mengekalkan lembapan 

2) Ekstrak Mirtus Komunis dan Biji Lentil 

- Membantu menyokong matriks derma kulit 

3) Vitamin B3 (Niasinamida)

- Dikenal pasti dapat memperkuat perintang kulit  

4) Ekstrak Acai Berry (Euterpe Oleracea) 

- Sejenis antioksidan super kuat yang dilaporkan dapat meneutralkan radikal bebas.  

5) Sebatian Bahan Botani seperti Chamomile (Bunga Anthemus Nobilius), Lavandin (Lanandula Hybrid), Rosemary (Rosemarinus Officinalis), Rosewood (Aniba Rosaiodora) dan Geranium (Pelargonium Graveolens)

 - Memberikan haruman aromatik yang menyamankan       


CARA PEMAKAIANNYA

1) Gunakan dua kali sehari, pagi dan malam selepas membersih.

2) Lembapkan kapas dan sapu di seluruh muka dan leher dengan gerakan ke atas dan ke luar.

3)Ulang proses ini sehingga tiada sisa mekap atau kotoran terlekat pada kapas.

** Elakkan bahagian mata.  


SIAPAKAH YANG SESUAI MENGGUNAKANNYA??

 1) Wanita yang sedang berusaha menambahkan dimensi dalam rejimen penjagaan kulit keseluruhan mereka.

2)  Wanita yang sedang menggunakan toner/penyegar Mary Kay dan berhasrat menambahkan faedah penentang usia terkini dalam rutin penyegaran.

3)  Wanita yang ingin memberikan paras penghidratan tambahan kepada rejimen penjagaan kulit mereka.

4)  Wanita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi penuaan


DR. BETH LANGE BERKATA,

Saiz sebenar liang roma (pori) kita tidak berubah apabila kita semakin tua. Kita kata pori bertambah
besar, sebenarnya ia hanya menjadi lebih ketara akibat pengenduran dinding pori. Memang mustahil
untuk mengecilkan saiz pori, namun anda boleh mengurangkan keketaraannya dengan TimeWise®
Moisture Renewing Softener. 
   

Pastinya produkini cukup menarik untuk di miliki pelbagai keistimewaan di dalam satu produk.

   


No comments:

Post a Comment