Tuesday 16 June 2015

KENANGAN SEKITAR MAJLIS DEBUT SEBAGAI SALES DIRECTOR


BERSAMA SEBAHAGIAN KECIL BARISAN SENIOR SALES DIRECTOR DAN SALES DIRECTOR MARY KAY MALAYSIA





BERSAMA SENIOR NATIONAL SALES DIRECTOR PAMELA.


BERSAMA SSD YUSRINA, SNSD PAMELA, SSD SUZANA & SD MASNITA.


KAMI YANG DI RAIKKAN


BERSAMA MY MENTOR SSD YUSRINA HANAFI


BERSAMA MENTOR SSD AISHAH KHAIRUDIN


BERSAMA MENTOR SSD SUZANA ABIDIN


SNSD PAMELA BERKONGSI PENGALAMAN BELIAU




ANTARA TETAMU YANG HADIR


BARISAN NEW INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT YANG INGIN BERSAMA-SAMA KAMI DI DALAM KELUARGA MARY KAY










SEKITAR MAJLIS DEBUT 




PERKONGSIAN KERJAYA MARY KAY


Setahun setengah bersama Mary Kay...tidak pernah termimpi akan bergelar Sales Director Mary Kay...

Hanya niat permulaan ingin menjaga penampilan wajah atas permintaan suami En Shaharum Adenan ingin saya menjaga penampilan wajah untuk beliau, saya mengenali Mary Kay melalui kawan baik saya Senior Sales Director Yusrina Hm..

MAHAL ???

Itu tanggapan pertama saya mengenai produk Mary Kay... dengan kerja yang saya jawat ketika itu memang tidak mampu untuk saya memiliki produk ini tapi demi suami yang sentiasa memberikan galakkan saya hubungi Yusrina untuk mengetahui bagaimana boleh mendapatkan produk-produk ini dengan harga mampu milik.

Di sinilah bermulanya dunia kerjaya saya dalam Mary Kay, tidak peduli dengan penolakkan orang di luar sana saya terus melangkah atas bimbingan Senior Sales Director Aishah Khairudin dan Senior Sales Director Suzana Abidin yang sentiasa memimpin tangan dan percaya atas kemampuan saya walau saya sendiri tidak yakin dengan diri sndr. Terima kasih K.Sha dan K.Su kerana sentiasa mempercayai diri Aza.

Alhamdulillah setahun 3 bulan saya lalui semuanya hinggakan saya terpaksa bercuti tanpa gaji kerana Allah menduga dengan alahan yang teruk hingga terlantar di katil hospital berminggu dan berulang alik masuk ke hospital dan hingga ke saat ini saya masih tidak bekerja dan bergaji tapi dengan Mary Kay lah saya mempunyai pendapatan lain yang tidak pernah terduga dan saya termimpi.

Saya percaya, perancangan Allah itu indah. Allah tidak akan menemukan saya dengan SSD Yusrina tanpa tujuan, Allah tidak akan membuatkan suami memberikan galakan untuk saya kelihatan cantik kerana Allah dah merancang apa yang terbaik buat diri ini.

Alhamdulillah niat untuk memberikan tumpuan pada anak-anak dan keluarga kini hampir tercapai. Anak-anak dan suami adalah harta tidak ternilai buat saya. Kerjaya suri rumah adalah seindah-indah kerjaya di dunia ini.

Buat semua rakan seperjuangan dalam unit Sweet Gorgeous...andalah rakan sekerja yang terbaik yang saya ada, kita sebuah keluarga yang sentiasa saling mengingati untuk perbaiki diri dan kehidupan kita.Semoga anda semua akan berada di mana saya berada kini.Amin.

Alhamdulillah..Mary Kay mengajar saya untuk mengutamakan :

1) ALLAH di tempat PERTAMA
2) KELUARGA di tempat KEDUA
3) KERJAYA di tempat KETIGA.

Jika dulu masa terhad untuk DIA dan KELUARGA kerana KERJAYA. Sebenarnya kita terlupa bahawa REZEKI itu datangnya dari DIA. Aza tidak kecewa jika orang menolak kerana kebahagian Aza sudah mencukupi bila melihat SENYUMAN WANITA lain  dengan perubahan mereka. Sesungguhnya Aza hanya PERANTARA dari ALLAH untuk buat insan lain TERSENYUM.

Semoga perkongsian di pagi ini, sempena menjelangnya Ramadhan dapat memberikan inspirasi buat semua..

Terima kasih buat semua yang sentiasa bersama-sama Aza selama ini.



Tuesday 2 June 2015

MARY KAY® CRÈME-TO-POWDER FOUNDATION






Assalamualaikum...Salam Nisfu Syaaban. Sekejap sahaja masa berlalu, 2 minggu lagi semua umat Islam di dunia akan menyambut bulan ramadhan..

Semoga tahun ini, Aza kuat untuk berpuasa dengan keadaan yang dah semakin sarat.Amin....

Menyambut puasa dengan debaran menanti kelahiran si kecil ini.Semoga di permudahkan semuanya..Amin..

Hari ini Aza nak berkongsi dengan semua produk Mary Kay yang di keluarkan kembali.

Produk 2 dalam 1 yang amat di gemari oleh wanita-wanita yang tercari-cari produk yang mudah dan ringkas untuk mereka kelihatan menarik.

Apa yang menariknya produk ini ????

MARY KAY® CRÈME-TO-POWDER FOUNDATION

KELEBIHAN :

Crème-to-Powder Foundation ialah produk 2-dalam-1 dengan tekstur sehalus krim untuk menghilangkan cela, dan apabila kering memberi kemasan yang lembut, gebu dan matte.


Sesuai untuk wanita, walau apa jua jenis kulit, yang mencari alas mekap ringan tanpa minyak yang boleh digunakan sebagai solekan atau sentuhan kemasan 

KEISTIMEWAAN:

🔹 Produk 2-dalam-1 dengan tekstur sehalus krim dan apabila kering memberi kemasan yang lembut, gebu dan matte

🔹 Memberi litupan nipis hingga penuh yang sempurna

🔹 Boleh digunakan sebagai solekan atau sentuhan kemasan 

🔹Boleh digunakan sebagai penyamar noda

🔹 Mudah digunakan untuk meratakan tona kulit

🔹 Formula kalis air

BAHAN-BAHAN:

1) Octyl Isononanoate Emolien:

🔼 Membantu mengekalkan kelembutan, kehalusan dan kegebuan kulit.

2) Dimethicone Perapi: 

🔼Membantu memperbaiki  penampilan kulit.

Oleh kerana produk ini kalis air, Aza amat menggalakkan sesiapa yang menggunakannya mencuci bersih muka. Boleh juga membuangnya dulu dengan produk Mary Kay Oil Free Eye Makeup Remover.

Terutama bagi kita umat Islam di galakkan membersihkan sebersihnya sebelum mengambil wuduk.

Semoga perkongsian ini berguna buat semua.


Monday 1 June 2015

TIPS PEMILIHAN WARNA BEDAK ASAS YANG SESUAI

TIPS PEMILIHAN WARNA BEDAK ASAS YANG SESUAI 

Hari ini hari kedua cuti sekolah...riuh di rumah dengan anak-anak dan anak-anak buah yang balik bercuti ke rumah mentua.

Sambil memantau Nazmi menyiapkan kerja-kerja sekolahnya, Aza nak kongsi dengan semua tips pemilihan warna bedak asas (foundation) yang sesuai untuk warna kulit kita.

Seringkali terjadi pada kita, kita tertanya-tanya kenapa solekan wanita lain nampak natural dan cantik berbanding kita yang kadang kala kelihatan tidak natural adakala kelihatan seperti 'Opera Cina' he..he..

Jadi hari ini Aza nak share tips ringkas untuk memilih warna bedak asas dan tips cara memakainya di muka.

Sumber dari Mr.Google

Tips mudah memilih warna bedak asas, ambil sedikit bedak asas kemudian calitkan sedikit di kulit muka di tulang rahang antara kulit muka dan kulit leher.

Kenapa kita calit di sini yer?

Jawapannya kerana ada sesetengah wanita mempunyai warna kulit di wajah lebih putih dari warna kulit di leher atau sebaliknya. Jadi kita pilihkan tona warna yang hampir seakan-akan dengan warna kulit kita di kedua-dua bahagian ini untuk mendapatkan warna yang natural dan sesuai dengan kita.

In Shaa Allah pasti hasil solekan kita lebih kelihatan menarik dan semulajadi.

Di sini juga Aza kongsikan tips cara memakai bedak asas.


Di atas adalah gambarajah bagaimana arah terbaik untuk kita menyapu bedak asas kita.

Kenapa menghala ke bawah???

Kerana normal bagi kita memiliki bulu roma yang menghala ke bawah.Sekiranya kita melawan arah pertumbuhan bulu roma, solekan kita akan jadi tidak sekata dan hasilnya kurang menarik.


Tapi bagi Aza, Aza suka dengan Mary Kay Liquid Foundation Brush ini yang mempunyai banyak kelebihan antaranya :

1) Mudah untuk menyapu bedak asas even Aza di dalam kereta.

2) Tidak mudah bercapuk , solekan bedak asas lebih sekata.

3) Menjimatkan penggunaan bedak asas kita kerana ianya hanya memerlukan sedikit sahaja kuantiti bedak asas berbanding kita memakainya dengan menggunakan tangan.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit ilmu buat semua..