Wednesday 29 July 2015

Lotus & Bamboo Loofah Body Cleanser


LOTUS & BAMBOO LOOFAH BODY CLEANSER

Assalamualaikum... 

Hari ini genap 15 hari Aza dalam pantang, sekejap sahaja masa berlalu. Alhamdulillah Najwa pun tidak mengalami jaundice lagi. Lega rasanya..

Sudah 5 tahun tidak memiliki anak kecil, macam kekok pulak menguruskan masa untuk diri sendiri dan keluarga.Agak kelam kabut jadual masa Aza.Rehat dan tidur tidak menentu..akhir tengah malam begini berjaga..jam di dinding menunjukkan pukul 12.30 am..he..he..

Ramai kawan-kawan bertanya dengan Aza bagaimana penjagaan Aza masa pantang sebab maklumlah pantang urus diri semuanya sendiri.

Aza gunapakai pantang bercampur tradisional dan juga moden.Ikut keselesaan diri Aza.

Malam ini nak share tentang produk mandian yang Aza gunakan selama ini dan sepanjang tempoh berpantang. Apa yang menariknya produk ini dia di gunakan sebagai scrub untuk membuang daki-daki seluruh badan.

Selain itu dengan bau haruman bunga Lotus dan Bamboo (buluh) memberikan aroma menarik ketika menggunakannya yang memberikan gambaran seperti kita berada di bawah rimbunan pohon-pohon buluh dan di kelilingi dengan tasik yang di penuhi dengan bunga-bunga lotus


Gambar Hiasan
Sumber : Mr.Google




No comments:

Post a Comment