Wednesday, 26 August 2015

SAAT INDAH BERSAMA MARY KAY


Assalamualaikum....

Pejam celik Alhamdulillah puteri syurga ibu telah berumur 42 hari pada hari ini.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kami berpantang.

 5 tahun kali terakhir memiliki anak kecil, banyak perkara yang Aza terasa kekok.

Terutama waktu jadual rehat dan tido yang tidak menentu, di tambah dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang lagi putera yang sudah mula bersekolah. Terasa letih bila segalanya perlu di uruskan. Kadangkala ketika duduk pun boleh tertidur.

Benarlah..kerja sebagai surirumah sepenuh masa bukanlah sesuatu yang mudah terutama apabila hadirnya anak syurga di dalam kehidupan kita.

Tetapi saat yang  paling indah adalah bila kita dapat melihat anak-anak membesar di depan mata.walau kadangkala kerenah anak-anak buat Aza berubah menjadi 'Monster' tapi melihat kerenah-kerenah mereka adalah satu kepuasan buat Aza.

Jika satu ketika dulu, pulang dari kerja masa terhad untuk mereka.balik kerja terkejar-kejar untuk memasak dan mengemas rumah.sudahnya nak bertanya masalah dan kerja sekolah mereka tidak berdaya akibat masa yg terhad.

Alhamdulillah..terasa indah dan nikmat bila dapat melihat aktiviti anak-anak di depan mata.dapat dengar mereka bercerita bila pulang dari sekolah.

"Ibu...tadi Nazmi ..bla..bla.." cerita si putera sulung.

"Ibu...Syauqi pun tadi..bla..bla.." cerita pula si putera kedua.

Dan paling indah bila mereka bertanya begini.

"Ibu masak apa hari ini? Wah! ayam goreng, sedapnya.."

Satu kepuasan dapat menyediakan hidangan dari air tangan sendiri.

Inilah rutin Aza kini dan Aza bersyukur ke hadrat Illahi diberikan nikmat yang indah ini.

Keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan memiliki kerjaya di dalam dunia Mary Kay adalah pilihan terbaik.

Kerjaya Mary Kay memberikan Aza masa yang fleksibel.

Ibu mana yang tak nak bersama anak-anak 24 jam, menikmati saat mereka membesar di depan mata.

Siapa kata surirumah tidak memiliki sumber pendapatan?

As long kita berusaha, kita cari jalan.In Shaa Allah pasti boleh.

Kini ramai yang boleh berjaya dalam kerjaya mereka tanpa perlu berada di pejabat dari 8 pagi hingga 5 petang.

Apa yang penting diri kita, kita yang menentukan apa yang kita inginkan,apa yang kita suka dalam kehidupan kita.

Melihat anak-anak membesar di depan mata hanya datang sekali dalam seumur hidup dan Aza memilih untuk tidak melepaskan saat indah ini.

Dan Aza sayangkan kerjaya sebagai Perunding Kecantikkan Bebas Mary Kay kerana Dunia Mary Kay telah banyak mengajar Aza untuk meletakkan keutamaan Allah di tempat pertama, keluarga di tempat kedua dan kerjaya di tempat ketiga.

Setiap perancangan Allah untuk diri Aza adalah yang terbaik buat Aza....Alhamdulillah..

Thursday, 13 August 2015

Penjagaan wajah juga bermula dari dalam

Assalamualaikum.w.b.t...

Alhamdulillah..Allah berikan nikmat untuk Aza bernafas lagi.Semalam setahun lagi usia Aza bertambah...

Syukur ke hadrat Ilahi yang tak terhingga kerana menghadiahkan Aza seorang puteri syurga yang Aza dan suami nantikan selama 5 tahun.Inilah hadiah ulang tahun yang terindah hingga suami nak bagi hadiah pun Aza tolak dengan baik, cukuplah dengan hadiah anak syurga yang tidak ternilai ini.

Shaza Najwa nama di beri...semoga dirimu menjadi anak yg solehah wahai puteri syurga..Amin.

Bermulalah rutin diri ini yang tidur tak menentu..time begini semua lena di ulit mimpi,Aza jadi burung hantu tak boleh lelapkan mata.

Malam ini Aza nak kongsikan sedikit tips kecantikkan.

Kecantikkan bukan sahaja bergantung pada produk penjagaan wajah, kecantikkan wajah juga datang dari dalaman kita dari hati kita..sentiasalah berfikiran positif, sentiasa menjaga Amalan kita.Sentiasa bersihkan hati kita.Hati yang bersih, tenang akan buat kita sentiasa tersenyum dan senyuman itulah yang akan menyerlahkan kecantikkan kita.

Satu lagi tips penjagaan wajah dalaman adalah penjagaan pemakanan kita.Jagalah pemakanan kita.makanlah makanan yang seimbang dan dengan peredaran zaman yang semuanya perlukan kepantasan, banyaklah juga wujudnya makanan-makanan SEGERA untuk orang-orang yang semuanya nk segera.

Amalan pengambilan produk makanan tambahan (supplement) juga penting buat kita.carilah produk makanan tambahan yang selamat dan serasi dengan anda. Untuk Aza, Aza amalkan pengambilan produk makanan tambahan SHAKLEE untuk kesihatan tubuh badan, untuk membantu dalam penjagaan wajah juga malah setelah bersalin untuk membantu menambahkan pengeluaran susu badan. Alhamdulillah amalan pengambilan makanan tambahan sejak 2 tahun lalu seiring dengan permulaan langkah Aza menggunakan produk penjagaan wajah Mary Kay banyak membantu Aza, semoga niat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya sehingga Najwa berusia 2 tahun tercapai..Amin.

So jangan abaikan kesihatan anda..jangan abaikan faktor kesihatan dalaman anda.Makanan tambahan juga membantu untuk anda sentiasa kelihatan menarik. Seimbangkan kedua-duanya faktor kecantikkan luaran dan juga dalaman terutama bagi kita yang telah berumah tangga.

Sekiranya anda ingin tips atau rutin pengambilan makanan tambahan Aza..boleh bertanya lebih lanjut yer..

Antara yang wajib ada dirumah Aza



Wednesday, 29 July 2015

Lotus & Bamboo Loofah Body Cleanser


LOTUS & BAMBOO LOOFAH BODY CLEANSER

Assalamualaikum... 

Hari ini genap 15 hari Aza dalam pantang, sekejap sahaja masa berlalu. Alhamdulillah Najwa pun tidak mengalami jaundice lagi. Lega rasanya..

Sudah 5 tahun tidak memiliki anak kecil, macam kekok pulak menguruskan masa untuk diri sendiri dan keluarga.Agak kelam kabut jadual masa Aza.Rehat dan tidur tidak menentu..akhir tengah malam begini berjaga..jam di dinding menunjukkan pukul 12.30 am..he..he..

Ramai kawan-kawan bertanya dengan Aza bagaimana penjagaan Aza masa pantang sebab maklumlah pantang urus diri semuanya sendiri.

Aza gunapakai pantang bercampur tradisional dan juga moden.Ikut keselesaan diri Aza.

Malam ini nak share tentang produk mandian yang Aza gunakan selama ini dan sepanjang tempoh berpantang. Apa yang menariknya produk ini dia di gunakan sebagai scrub untuk membuang daki-daki seluruh badan.

Selain itu dengan bau haruman bunga Lotus dan Bamboo (buluh) memberikan aroma menarik ketika menggunakannya yang memberikan gambaran seperti kita berada di bawah rimbunan pohon-pohon buluh dan di kelilingi dengan tasik yang di penuhi dengan bunga-bunga lotus


Gambar Hiasan
Sumber : Mr.Google




Friday, 24 July 2015

TW Targeted Action Toning Lotion

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua... Aza menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada yg terguris dan terkasar bahasa dari pihak Aza selama ini...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi Aidilfitri kali ini cukup bermakna buat Aza sekeluarga kerana di meriahkan dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami...

3 tahun penantian kami untuk menambah ahli baru di makbulkan Ilahi..
Alhamdulillah lebih indah bila Allah makbulkan doa kami untuk di kurniakan "Puteri" untuk menjadi penyeri keluarga kami.

Hari ini genap 11 hari Aza di dalam pantang, Alhamdulillah Aza dan baby semakin sihat..

Semoga kehadiran "Puteri" ini membuka lebih luas pintu rezeki buat kami sekeluarga...Amin..

Hari ini Aza nak share sedikit dengan anda tentang rutin penjagaan Aza semasa pantang...

Jika mengamalkan pantang tradisional kebanyakkan kita akan menggunakan kapur dan limau purut untuk di sapu di bahagian perut untuk mengempiskan perut kita...

Tapi bagi Aza, Aza menggunakan Timewise Targeted Action Toning Lotion dari Mary Kay untuk membantu Aza mengurangkan kekenduran di bahagian perut akibat kehamilan dahulu..malah Aza juga sapukan pada seluruh peha, pinggul dan lengan untuk menganjalkan semula bahagian-bahagian ini yang berlaku perubahan akibat kehamilan.

Produk ini membantu menegangkan kulit dan menghidratkan kulit kita.

Aza guna pagi dan petang selepas mandi..urutkan lembut di bahagian perut, peha, pinggul dan lengan.kemudian Aza amalkan pemakaian barut di bahagian perut dan pinggul.Cara tradisional tetap Aza tidak lupakan...

Bagi yang ingin mengetahui lanjut tentang produk yang menarik ini bolehlah hubungi Aza yer..

Selamat Berhari Raya buat semua..

Tuesday, 16 June 2015

KENANGAN SEKITAR MAJLIS DEBUT SEBAGAI SALES DIRECTOR


BERSAMA SEBAHAGIAN KECIL BARISAN SENIOR SALES DIRECTOR DAN SALES DIRECTOR MARY KAY MALAYSIA





BERSAMA SENIOR NATIONAL SALES DIRECTOR PAMELA.


BERSAMA SSD YUSRINA, SNSD PAMELA, SSD SUZANA & SD MASNITA.


KAMI YANG DI RAIKKAN


BERSAMA MY MENTOR SSD YUSRINA HANAFI


BERSAMA MENTOR SSD AISHAH KHAIRUDIN


BERSAMA MENTOR SSD SUZANA ABIDIN


SNSD PAMELA BERKONGSI PENGALAMAN BELIAU




ANTARA TETAMU YANG HADIR


BARISAN NEW INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT YANG INGIN BERSAMA-SAMA KAMI DI DALAM KELUARGA MARY KAY










SEKITAR MAJLIS DEBUT 




PERKONGSIAN KERJAYA MARY KAY


Setahun setengah bersama Mary Kay...tidak pernah termimpi akan bergelar Sales Director Mary Kay...

Hanya niat permulaan ingin menjaga penampilan wajah atas permintaan suami En Shaharum Adenan ingin saya menjaga penampilan wajah untuk beliau, saya mengenali Mary Kay melalui kawan baik saya Senior Sales Director Yusrina Hm..

MAHAL ???

Itu tanggapan pertama saya mengenai produk Mary Kay... dengan kerja yang saya jawat ketika itu memang tidak mampu untuk saya memiliki produk ini tapi demi suami yang sentiasa memberikan galakkan saya hubungi Yusrina untuk mengetahui bagaimana boleh mendapatkan produk-produk ini dengan harga mampu milik.

Di sinilah bermulanya dunia kerjaya saya dalam Mary Kay, tidak peduli dengan penolakkan orang di luar sana saya terus melangkah atas bimbingan Senior Sales Director Aishah Khairudin dan Senior Sales Director Suzana Abidin yang sentiasa memimpin tangan dan percaya atas kemampuan saya walau saya sendiri tidak yakin dengan diri sndr. Terima kasih K.Sha dan K.Su kerana sentiasa mempercayai diri Aza.

Alhamdulillah setahun 3 bulan saya lalui semuanya hinggakan saya terpaksa bercuti tanpa gaji kerana Allah menduga dengan alahan yang teruk hingga terlantar di katil hospital berminggu dan berulang alik masuk ke hospital dan hingga ke saat ini saya masih tidak bekerja dan bergaji tapi dengan Mary Kay lah saya mempunyai pendapatan lain yang tidak pernah terduga dan saya termimpi.

Saya percaya, perancangan Allah itu indah. Allah tidak akan menemukan saya dengan SSD Yusrina tanpa tujuan, Allah tidak akan membuatkan suami memberikan galakan untuk saya kelihatan cantik kerana Allah dah merancang apa yang terbaik buat diri ini.

Alhamdulillah niat untuk memberikan tumpuan pada anak-anak dan keluarga kini hampir tercapai. Anak-anak dan suami adalah harta tidak ternilai buat saya. Kerjaya suri rumah adalah seindah-indah kerjaya di dunia ini.

Buat semua rakan seperjuangan dalam unit Sweet Gorgeous...andalah rakan sekerja yang terbaik yang saya ada, kita sebuah keluarga yang sentiasa saling mengingati untuk perbaiki diri dan kehidupan kita.Semoga anda semua akan berada di mana saya berada kini.Amin.

Alhamdulillah..Mary Kay mengajar saya untuk mengutamakan :

1) ALLAH di tempat PERTAMA
2) KELUARGA di tempat KEDUA
3) KERJAYA di tempat KETIGA.

Jika dulu masa terhad untuk DIA dan KELUARGA kerana KERJAYA. Sebenarnya kita terlupa bahawa REZEKI itu datangnya dari DIA. Aza tidak kecewa jika orang menolak kerana kebahagian Aza sudah mencukupi bila melihat SENYUMAN WANITA lain  dengan perubahan mereka. Sesungguhnya Aza hanya PERANTARA dari ALLAH untuk buat insan lain TERSENYUM.

Semoga perkongsian di pagi ini, sempena menjelangnya Ramadhan dapat memberikan inspirasi buat semua..

Terima kasih buat semua yang sentiasa bersama-sama Aza selama ini.



Tuesday, 2 June 2015

MARY KAY® CRÈME-TO-POWDER FOUNDATION






Assalamualaikum...Salam Nisfu Syaaban. Sekejap sahaja masa berlalu, 2 minggu lagi semua umat Islam di dunia akan menyambut bulan ramadhan..

Semoga tahun ini, Aza kuat untuk berpuasa dengan keadaan yang dah semakin sarat.Amin....

Menyambut puasa dengan debaran menanti kelahiran si kecil ini.Semoga di permudahkan semuanya..Amin..

Hari ini Aza nak berkongsi dengan semua produk Mary Kay yang di keluarkan kembali.

Produk 2 dalam 1 yang amat di gemari oleh wanita-wanita yang tercari-cari produk yang mudah dan ringkas untuk mereka kelihatan menarik.

Apa yang menariknya produk ini ????

MARY KAY® CRÈME-TO-POWDER FOUNDATION

KELEBIHAN :

Crème-to-Powder Foundation ialah produk 2-dalam-1 dengan tekstur sehalus krim untuk menghilangkan cela, dan apabila kering memberi kemasan yang lembut, gebu dan matte.


Sesuai untuk wanita, walau apa jua jenis kulit, yang mencari alas mekap ringan tanpa minyak yang boleh digunakan sebagai solekan atau sentuhan kemasan 

KEISTIMEWAAN:

🔹 Produk 2-dalam-1 dengan tekstur sehalus krim dan apabila kering memberi kemasan yang lembut, gebu dan matte

🔹 Memberi litupan nipis hingga penuh yang sempurna

🔹 Boleh digunakan sebagai solekan atau sentuhan kemasan 

🔹Boleh digunakan sebagai penyamar noda

🔹 Mudah digunakan untuk meratakan tona kulit

🔹 Formula kalis air

BAHAN-BAHAN:

1) Octyl Isononanoate Emolien:

🔼 Membantu mengekalkan kelembutan, kehalusan dan kegebuan kulit.

2) Dimethicone Perapi: 

🔼Membantu memperbaiki  penampilan kulit.

Oleh kerana produk ini kalis air, Aza amat menggalakkan sesiapa yang menggunakannya mencuci bersih muka. Boleh juga membuangnya dulu dengan produk Mary Kay Oil Free Eye Makeup Remover.

Terutama bagi kita umat Islam di galakkan membersihkan sebersihnya sebelum mengambil wuduk.

Semoga perkongsian ini berguna buat semua.


Monday, 1 June 2015

TIPS PEMILIHAN WARNA BEDAK ASAS YANG SESUAI

TIPS PEMILIHAN WARNA BEDAK ASAS YANG SESUAI 

Hari ini hari kedua cuti sekolah...riuh di rumah dengan anak-anak dan anak-anak buah yang balik bercuti ke rumah mentua.

Sambil memantau Nazmi menyiapkan kerja-kerja sekolahnya, Aza nak kongsi dengan semua tips pemilihan warna bedak asas (foundation) yang sesuai untuk warna kulit kita.

Seringkali terjadi pada kita, kita tertanya-tanya kenapa solekan wanita lain nampak natural dan cantik berbanding kita yang kadang kala kelihatan tidak natural adakala kelihatan seperti 'Opera Cina' he..he..

Jadi hari ini Aza nak share tips ringkas untuk memilih warna bedak asas dan tips cara memakainya di muka.

Sumber dari Mr.Google

Tips mudah memilih warna bedak asas, ambil sedikit bedak asas kemudian calitkan sedikit di kulit muka di tulang rahang antara kulit muka dan kulit leher.

Kenapa kita calit di sini yer?

Jawapannya kerana ada sesetengah wanita mempunyai warna kulit di wajah lebih putih dari warna kulit di leher atau sebaliknya. Jadi kita pilihkan tona warna yang hampir seakan-akan dengan warna kulit kita di kedua-dua bahagian ini untuk mendapatkan warna yang natural dan sesuai dengan kita.

In Shaa Allah pasti hasil solekan kita lebih kelihatan menarik dan semulajadi.

Di sini juga Aza kongsikan tips cara memakai bedak asas.


Di atas adalah gambarajah bagaimana arah terbaik untuk kita menyapu bedak asas kita.

Kenapa menghala ke bawah???

Kerana normal bagi kita memiliki bulu roma yang menghala ke bawah.Sekiranya kita melawan arah pertumbuhan bulu roma, solekan kita akan jadi tidak sekata dan hasilnya kurang menarik.


Tapi bagi Aza, Aza suka dengan Mary Kay Liquid Foundation Brush ini yang mempunyai banyak kelebihan antaranya :

1) Mudah untuk menyapu bedak asas even Aza di dalam kereta.

2) Tidak mudah bercapuk , solekan bedak asas lebih sekata.

3) Menjimatkan penggunaan bedak asas kita kerana ianya hanya memerlukan sedikit sahaja kuantiti bedak asas berbanding kita memakainya dengan menggunakan tangan.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit ilmu buat semua..




Thursday, 21 May 2015

TEMAN BAIK AZA


Assalamualaikum w.b.t

Tetiba teringat pada seorang sahabat yang rapat dengan Aza.

Kami berkenalan sejak tahun 2000, macam tak percaya pulak dah 15 tahun usia persahabatan kami.Susah senang kami kongsi bersama.

Dia juga salah seorang perunding kecantikkan bebas Mary Kay seperti Aza.

Jatuh cinta dengan Mary Kay kerana berpuas hati dengan produk Mary Kay ini.

Lihatlah perubahan ke atas wajahnya sejak tahun 2014 dia menggunakannya.

Nama sahabat Aza ini Dayang Mimi Safuraa, menetap di Seremban, Negeri Sembilan. 

Dahulunya dia memiliki jerawat yang silih berganti tumbuh terutama di bahagian hidung akibat resdung. Alhamdulillah kini sudah mula berkurangan.

Apa yang menariknya tentang beliau, dahulunya orangnya simple kini dah pandai bersolek kemana-mana..hi..hi..

Gembira melihat perubahan pada dirinya.

Buat sahabatku Dayang Mimi Safuraa...daku doakan semoga Allah merahmati setiap perjalanan hidupmu dalam memperkayakan kehidupan wanita lain..Amin.

Love U my BFF ....he..he..


TIMEWISE® MATTE-WEAR LIQUID FOUNDATION (KOMBINASI- MINYAK)



TIMEWISE® MATTE-WEAR LIQUID FOUNDATION (KOMBINASI-MINYAK)

Tempohari Aza dah kongsi dengan semua Timewise Luminious-wear Liquid Foundation, kali ini Aza nak kongsi pula Timewise Matte-wear Liquid Foundation yang di hasilkan khas untuk wanita-wanita yang memiliki kulit jenis kombinasi - berminyak

Menariknya foundation ini ianya membantu mengawal minyak agar solekan kita kekal cantik dan smooth.

Setelah Aza menggunakan Timewise Miracle Set Skincare, Alhamdulillah kulit dah kembali ke kulit asal iaitu kombinasi. So foundation pun dah bertukar..he..he..inilah keistimewaan produk Mary Kay ianya di hasilkan mengikut keperluan jenis kulit kita dan kulit kita sentiasa terjaga.Apa yang penting ianya berasaskan mineral yang melindungi kulit kita dan tidak menyumbat pori-pori kita.

Kedua-dua jenis foundation Mary Kay mempunyai fungsi dan keistimewaan tersendiri.

Aza kongsikan sedikit tentang keistimewaan Timewise Luminious-wear Liquid Foundation ini.

FAKTA

👉Mikrosfera khas bertindak sepanjang hari untuk menyerap minyak supaya mekap tidak berasa atau nampak tebal

👉Warna yang tahan lama kekal seperti asal, tahan pindahan dan kelembapan

👉Kulit tampak lebih tegang, muda dan sihat apabila kehadiran garis halus, kedutan dan pori dikurangkan secara

👉Kulit segera tampak lebih matte. Untuk kesempurnaan tanpa cela, gunakan dengan Liquid Foundation Brush

👉Kulit ialah satu struktur kompleks yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Lapisan dermis yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit, mengandungi kolagen yang memainkan peranan kritikal dalam memperkuat sokongan kulit.

👉Matte-Wear Liquid Foundation dirumus dengan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk membantu kulit 
mengekalkan penampilan muda remaja.

MANFAATNYA

🔹 Kulit segera tampak lebih matte

🔹 Mengawal minyak dan kilatan sepanjang hari 

🔹Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat 

🔹Secara ketaranya mengurangkan garis halus dan kedutan 

🔹Secara ketaranya mengurangkan penampilan pori

🔹 Meningkat baik keadaan kulit secara keseluruhan

🔹 Mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara

🔹 Warna kekal seperti asal selepas berjam-jam 

🔹 Memberikan kemasan matte yang tahan lama kepada kulit 

🔹 Tidak melekat dalam garis halus

🔹 Mengurangkan penampilan lingkaran hitam dan bebayang secara ketara 

🔹 Tahan pindahan dan tahan kelembapan 

🔹 Formula ringan yang dapat disapu rata dan licin

BAHAN-BAHAN

🔸Dimethicone 

-Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok 
penampilannya.

🔸Vitamin E (Tocopheryl 
Acetate) 

-Dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit . 

🔸Palmitoyl Oligopeptide and 
Palmitoyl Tetrapeptide-7

-Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan 
mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja.

🔸Silica 

-Mineral ultrahalus sangat poros yang bertindak seperti span, menyerap minyak supaya kulit 
kelihatan matte tanpa berasa berat. 

🔸Lauryl Methacrylate/Glycol 
Dimethacrylate Crosspolymer

- Mikrosfera khas yang memaksimumkan kebolehan formula untuk mengawalminyak. 

CARA PENGGUNAAN

🔸Boleh disapu dengan Mary Kay® Liquid Foundation Brush, aplikator span atau hujung jari. Jika menggunakan berus, tekan bedak asas ke atas telapak tangan, celupkan berus di atasnya dan sapu ke seluruh muka dengan strok dari dalam ke luar dan dari atas ke bawah. 

🔸Liquid Foundation Brush direka khas untuk memudahkan pemakaian, dengan bulu berus berlilin yang memegang bedak dengan sempurna serta mudah mencapai garis bentuk muka.


Bagi yang memiliki kulit jenis kombinasi hingga berminyak dan tercari-cari produk yang membantu mereka mengawal kilatan.Mungkin produk Timewise Luminious-wear Liquid Foundation ini dapat membantu anda..

Salam perkongsian dari Aza untuk hari ini.

TIMEWISE LUMINOUS-WEAR™ FOUNDATION ( NORMAL - KERING)


Dah masuk pagi tapi mata tak boleh lelap , menemankan suami tercinta menyiapkan kerjanya.Kasihan pulak nak biarkan dia keseorangan.Sekurangnya dapat juga selit-selit borak hilangkan ngantuk di matanya.

Hujan, guruh berdentam dentum di luar.Erm..memang sedap untuk lena di buai mimpi tapi cuba untuk bertahan mata ini.

Di kesempatan ini Aza nk kongsi dengan semua produk mula-mula yang Aza miliki.

Apa yang menariknya tentangnya, Aza pernah bercakap dengan SSD Yusrina kalau foundation ini Aza suka, Aza akan jadi Beauty Consultant seperti dia..he..he..

Sebelum bertemu Mary Kay, pelbagai jenama foundation Aza guna hingga sanggup menahan gatal dan pedih akibat tidak sesuai dengan kulit Aza yang ketika itu agak kering akibat kurangnya pendedahan tentang penjagaan wajah yang lengkap.

Alhamdulillah..sekali cuba Aza sangat puas hati kerana hasilnya yang sekata malah apa yang menariknya lagi tiada 'seksaan untuk kelihatan cantik '.

Aza menggunakan Timewise Luminious Wear Foundation khas untuk kulit normal-kering jadi ianya di rumus untuk memberikan extra kelembapan pada wajah Aza yang ketika itu kering.Tiada lagi rasa pedih dan gatal-gatal, malah kulit Aza semakin kurang berkeruping akibat kekeringan.

Di sini Aza kongsikan dengan semua kelebihan-kelebihannya.

TIMEWISE LUMINOUS-WEAR™ FOUNDATION ( NORMAL - KERING)

FAKTA

🔹Kulit kelihatan cerah serta-merta dan kekal berseri sepanjang hari

🔹Kulit berasa dilembapkan sepanjang hari apabila keadaan keseluruhannya 
dipertingkatkan.

🔹Kulit tampak lebih tegang, muda dan sihat apabila kehadiran garis halus, kedutan dan pori dikurangkan secara

🔹Tekstur kulit diperelok secara ketara dan kecelaan juga jelas berkurangan. 

🔹Untuk kesempurnaan tanpa cela, gunakan bersama Liquid Foundation Brush

🔹Kulit ialah satu struktur kompleks yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Lapisan dermis yang terletak betul-betul di 
bawah permukaan kulit, mengandungi kolagen yang memainkan peranan kritikal dalam memperkuat sokongan kulit.

🔹Luminous-Wear™ Liquid Foundation dirumus dengan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk membantu kulit mengekalkan penampilan muda remaja.

KEISTIMEWAANNYA

🔹 Kulit tampak cerah dengan serta-merta

🔹 Kulit tampak berseri sepanjang hari 

🔹 Memberikan kilauan maksimum 

🔹 Kulit berasa dilembapkan sepanjang hari

🔹 Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat 

🔹Secara ketaranya mengurangkan garis halus dan kedutan 

🔹 Secara ketaranya mengurangkan penampilan pori 

🔹 Meningkat baik keadaan kulit secara keseluruhan 

🔹 Mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara

🔹 Warna kekal seperti asal selepas berjam-jam 

🔹 Memberikan kemasan kilauan yang tahan lama kepada kulit 

🔹 Tidak melekat dalam garis halus 

🔹 Mengurangkan lingkaran hitam dan bebayang secara ketara 

🔹 Tahan pindahan dan tahan kelembapan

🔹 Formula ringan yang dapat disapu rata dan licin 

BAHAN-BAHAN

🔼Ester Lilin Jojoba 

- Meningkatkan faedah pelembapan. 

🔼Gliserin Humektan

- yang membantu menyeimbangkan atau mengekalkan paras lembapan wajar dalam kulit. 

🔼Dimethicone 

-Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok 
penampilannya. 

🔼Vitamin E (Tocopheryl 
Acetate) 

-Juga dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit. 

🔼Palmitoyl Oligopeptide dan
Palmitoyl Tetrapeptide-7

- Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja.

CARA PENGGUNAANYA

🔸 Boleh disapu dengan Mary Kay® Liquid Foundation Brush, aplikator span atau hujung jari. Jika menggunakan berus, tekan bedak asas ke atas telapak tangan, celupkan berus dalam bedak asas dan sapu secara rata di seluruh muka dengan strok atas ke bawahdan dari dalam ke luar. 

🔸Liquid Foundation Brush direka khas untuk memudahkan pemakaian, dengan bulu berus berlilin yang memegang bedak dengan sempurna serta mudah mencapai garis bentuk muka.


Semoga perkongsian ini menjadi maklumat berguna buat wanita yang mengalami situasi sama seperti Aza dahulu..

Wednesday, 20 May 2015

True Dimensions™ Lipstick


Nazmi : Ibu, hari ini ada hari guru.ibu, kita nak bagi hadiah apa?
Ibu : Ibu dah siapkan dalam bilik abang.
Nazmi : Cantiknya, ibu bagi apa?
Ibu : Lipstik , nanti abang bagi cikgu yer.

Balik dari sekolah, Nazmi berlari masuk ke kereta.

Nazmi : Ibu , cikgu cakap terima kasih.Cikgu suka sangat.
Ibu : Alhamdulillah...

Senyuman anak dan pastinya senyuman guru yang rasa di hargai itu sudah cukup bernilai..tidak ternilai jasa dan ilmu yang di berikan pada anak-anak kita kan?

Walau hadiahkan hanya sebatang lipstik 😊

Apa yang Aza hadiahkan pada guru-guru Nazmi ???

Hari ini Aza share dengan anda semua keistimewaan True Dimesion Lipstik ini.

** Sebahagian koleksi yang sempat Aza ambil gambar.


True Dimensions™ Lipstick 

1) Membekalkan bibir 
dengan lembapan dengan serta-merta dan menguncikannya untuk keselesaan 
berterusan. 

2) Dengan satu tekan pada butang di atas, 
ia mengeluarkan gincu dari bekas bergaya. 

3) Ramuan penjagaan kulit yang canggih, formula ini melicinkan garis-garis halus 
dan melengkapkan penampilan bibir yang 
menawan. 

4) Menjanakan warna yang tulen, berseri dan terdapat 
dalam warna-warna yang mencuit hati. 

5) Untuk aplikasi gincu yang lebih tepat, gunakan berus bibir. Ataupun gunakan hujung jari anda untuk penampilan yang lebih halus dan nipis.

KEISTIMEWAAN : 

💋 menenangkan, melembapkan dan selesa pada bibir. 

💋 bibir nampak muda, menggiurkan dan tanpa comot. 

💋 menambahkan dan merapikan bibir, meninggalkan bibir kelihatan sihat berseri. 

💋 bibir kelihatan lebih licin dan rasa lembut. 

KANDUNGAN :

• Kompleks Penentang Usia (Ekstrak tumbuhan Portuluca Pilosa dan Palmitoyl Tripeptide-38 

– Membantu mencergaskan 
penghasilan kolagen*, asid hyaluronik* and aquaporin 3. 

• Vitamin E (Tocopheryl Acetate)

 – Sejenis antioksidan berkuasa yang melindungi bibir daripada radikal bebas dan 
kerosakan alam sekitar.

• Sunflower Seed Oil, Jojoba, Mango Butter

 — Suatu campuran yang bahan-bahan
berkhasiat oleh kuasa alam semulajadi, dan juga dikenali untuk manfaat pelembapnya. 

CARA MEMAKAI

Bermula dari tengah bibir bahagian atas, sapukan warna ke sudut luar dan ulangi pada sebelah bibir lain. Kemudian, sapukan 
sepanjang bibir bawah dari satu sudut ke sudut yang lain.

Jom cuci mata dengan warna-warna True Dimension Lipstick.