Assalamualaikum.w.b.t...
Alhamdulillah..Allah berikan nikmat untuk Aza bernafas lagi.Semalam setahun lagi usia Aza bertambah...
Syukur ke hadrat Ilahi yang tak terhingga kerana menghadiahkan Aza seorang puteri syurga yang Aza dan suami nantikan selama 5 tahun.Inilah hadiah ulang tahun yang terindah hingga suami nak bagi hadiah pun Aza tolak dengan baik, cukuplah dengan hadiah anak syurga yang tidak ternilai ini.
Shaza Najwa nama di beri...semoga dirimu menjadi anak yg solehah wahai puteri syurga..Amin.
Bermulalah rutin diri ini yang tidur tak menentu..time begini semua lena di ulit mimpi,Aza jadi burung hantu tak boleh lelapkan mata.
Malam ini Aza nak kongsikan sedikit tips kecantikkan.
Kecantikkan bukan sahaja bergantung pada produk penjagaan wajah, kecantikkan wajah juga datang dari dalaman kita dari hati kita..sentiasalah berfikiran positif, sentiasa menjaga Amalan kita.Sentiasa bersihkan hati kita.Hati yang bersih, tenang akan buat kita sentiasa tersenyum dan senyuman itulah yang akan menyerlahkan kecantikkan kita.
Satu lagi tips penjagaan wajah dalaman adalah penjagaan pemakanan kita.Jagalah pemakanan kita.makanlah makanan yang seimbang dan dengan peredaran zaman yang semuanya perlukan kepantasan, banyaklah juga wujudnya makanan-makanan SEGERA untuk orang-orang yang semuanya nk segera.
Amalan pengambilan produk makanan tambahan (supplement) juga penting buat kita.carilah produk makanan tambahan yang selamat dan serasi dengan anda. Untuk Aza, Aza amalkan pengambilan produk makanan tambahan SHAKLEE untuk kesihatan tubuh badan, untuk membantu dalam penjagaan wajah juga malah setelah bersalin untuk membantu menambahkan pengeluaran susu badan. Alhamdulillah amalan pengambilan makanan tambahan sejak 2 tahun lalu seiring dengan permulaan langkah Aza menggunakan produk penjagaan wajah Mary Kay banyak membantu Aza, semoga niat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya sehingga Najwa berusia 2 tahun tercapai..Amin.
So jangan abaikan kesihatan anda..jangan abaikan faktor kesihatan dalaman anda.Makanan tambahan juga membantu untuk anda sentiasa kelihatan menarik. Seimbangkan kedua-duanya faktor kecantikkan luaran dan juga dalaman terutama bagi kita yang telah berumah tangga.
Sekiranya anda ingin tips atau rutin pengambilan makanan tambahan Aza..boleh bertanya lebih lanjut yer..
Antara yang wajib ada dirumah Aza
No comments:
Post a Comment