Tuesday, 16 June 2015

PERKONGSIAN KERJAYA MARY KAY


Setahun setengah bersama Mary Kay...tidak pernah termimpi akan bergelar Sales Director Mary Kay...

Hanya niat permulaan ingin menjaga penampilan wajah atas permintaan suami En Shaharum Adenan ingin saya menjaga penampilan wajah untuk beliau, saya mengenali Mary Kay melalui kawan baik saya Senior Sales Director Yusrina Hm..

MAHAL ???

Itu tanggapan pertama saya mengenai produk Mary Kay... dengan kerja yang saya jawat ketika itu memang tidak mampu untuk saya memiliki produk ini tapi demi suami yang sentiasa memberikan galakkan saya hubungi Yusrina untuk mengetahui bagaimana boleh mendapatkan produk-produk ini dengan harga mampu milik.

Di sinilah bermulanya dunia kerjaya saya dalam Mary Kay, tidak peduli dengan penolakkan orang di luar sana saya terus melangkah atas bimbingan Senior Sales Director Aishah Khairudin dan Senior Sales Director Suzana Abidin yang sentiasa memimpin tangan dan percaya atas kemampuan saya walau saya sendiri tidak yakin dengan diri sndr. Terima kasih K.Sha dan K.Su kerana sentiasa mempercayai diri Aza.

Alhamdulillah setahun 3 bulan saya lalui semuanya hinggakan saya terpaksa bercuti tanpa gaji kerana Allah menduga dengan alahan yang teruk hingga terlantar di katil hospital berminggu dan berulang alik masuk ke hospital dan hingga ke saat ini saya masih tidak bekerja dan bergaji tapi dengan Mary Kay lah saya mempunyai pendapatan lain yang tidak pernah terduga dan saya termimpi.

Saya percaya, perancangan Allah itu indah. Allah tidak akan menemukan saya dengan SSD Yusrina tanpa tujuan, Allah tidak akan membuatkan suami memberikan galakan untuk saya kelihatan cantik kerana Allah dah merancang apa yang terbaik buat diri ini.

Alhamdulillah niat untuk memberikan tumpuan pada anak-anak dan keluarga kini hampir tercapai. Anak-anak dan suami adalah harta tidak ternilai buat saya. Kerjaya suri rumah adalah seindah-indah kerjaya di dunia ini.

Buat semua rakan seperjuangan dalam unit Sweet Gorgeous...andalah rakan sekerja yang terbaik yang saya ada, kita sebuah keluarga yang sentiasa saling mengingati untuk perbaiki diri dan kehidupan kita.Semoga anda semua akan berada di mana saya berada kini.Amin.

Alhamdulillah..Mary Kay mengajar saya untuk mengutamakan :

1) ALLAH di tempat PERTAMA
2) KELUARGA di tempat KEDUA
3) KERJAYA di tempat KETIGA.

Jika dulu masa terhad untuk DIA dan KELUARGA kerana KERJAYA. Sebenarnya kita terlupa bahawa REZEKI itu datangnya dari DIA. Aza tidak kecewa jika orang menolak kerana kebahagian Aza sudah mencukupi bila melihat SENYUMAN WANITA lain  dengan perubahan mereka. Sesungguhnya Aza hanya PERANTARA dari ALLAH untuk buat insan lain TERSENYUM.

Semoga perkongsian di pagi ini, sempena menjelangnya Ramadhan dapat memberikan inspirasi buat semua..

Terima kasih buat semua yang sentiasa bersama-sama Aza selama ini.



No comments:

Post a Comment