TIPS PEMILIHAN WARNA BEDAK ASAS YANG SESUAI
Hari ini hari kedua cuti sekolah...riuh di rumah dengan anak-anak dan anak-anak buah yang balik bercuti ke rumah mentua.
Sambil memantau Nazmi menyiapkan kerja-kerja sekolahnya, Aza nak kongsi dengan semua tips pemilihan warna bedak asas (foundation) yang sesuai untuk warna kulit kita.
Seringkali terjadi pada kita, kita tertanya-tanya kenapa solekan wanita lain nampak natural dan cantik berbanding kita yang kadang kala kelihatan tidak natural adakala kelihatan seperti 'Opera Cina' he..he..
Jadi hari ini Aza nak share tips ringkas untuk memilih warna bedak asas dan tips cara memakainya di muka.
Sumber dari Mr.Google
Tips mudah memilih warna bedak asas, ambil sedikit bedak asas kemudian calitkan sedikit di kulit muka di tulang rahang antara kulit muka dan kulit leher.
Kenapa kita calit di sini yer?
Jawapannya kerana ada sesetengah wanita mempunyai warna kulit di wajah lebih putih dari warna kulit di leher atau sebaliknya. Jadi kita pilihkan tona warna yang hampir seakan-akan dengan warna kulit kita di kedua-dua bahagian ini untuk mendapatkan warna yang natural dan sesuai dengan kita.
In Shaa Allah pasti hasil solekan kita lebih kelihatan menarik dan semulajadi.
Di sini juga Aza kongsikan tips cara memakai bedak asas.
Di atas adalah gambarajah bagaimana arah terbaik untuk kita menyapu bedak asas kita.
Kenapa menghala ke bawah???
Kerana normal bagi kita memiliki bulu roma yang menghala ke bawah.Sekiranya kita melawan arah pertumbuhan bulu roma, solekan kita akan jadi tidak sekata dan hasilnya kurang menarik.
Tapi bagi Aza, Aza suka dengan Mary Kay Liquid Foundation Brush ini yang mempunyai banyak kelebihan antaranya :
1) Mudah untuk menyapu bedak asas even Aza di dalam kereta.
2) Tidak mudah bercapuk , solekan bedak asas lebih sekata.
3) Menjimatkan penggunaan bedak asas kita kerana ianya hanya memerlukan sedikit sahaja kuantiti bedak asas berbanding kita memakainya dengan menggunakan tangan.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit ilmu buat semua..