TIMEWISE® REPLENISHING SERUM+C
Jam pukul 12.00 pagi masih belum dapat lelapkan mata.Waktu-waktu begini baby dalam kandungan aktif bergerak.Rutin tidur Aza dah banyak berubah sekarang.
Semua dah lena di buai mimpi indah, anak-anak walau esok cuti tapi tetap tidur awal.Memang Aza dan suami galakkan mereka tidur awal agar mudah di kejutkan subuh nanti.
Sekarang bulan Rejab mengikut kalendar tahun Hijrah. Tidak lama lagi Syaaban dan Ramadhan.Alhamdulillah moga bertemu lagi Ramadhan kali ini.Amin.
Harapnya boleh menunaikan ibadah puasa seberapa yang dapat.maklumlah Ramadhan kali ini Aza sekeluarga menanti kelahiran zuriat ke-3 ini.Semoga Allah permudahkan segalanya, Amin.
Teringat pula dengan satu produk Mary Kay yang Aza gemar guna sebelum ketibaan Syawal.Biasanya Aza guna 2-3 bulan sebelum Syawal tiba agar kulit wajah kelihatan lebih lembut dan menarik di pagi Syawal.
Produk apakah yang istimewa sangat bagi Aza ini yer ???
Jom kita sama-sama kongsi info mengenainya...
FAKTA:
1) Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C ataupun menyimpannya sendiri.
2) Kita memerlukan bekalan yang berterusan. Menurut ahli dermatologi dan ahli sains penyelidikan, Vitamin C memainkan peranan yang signifikan dalam merangsang sintesis kolegen penegang kulit; sebab itulah ekstrak vitamin ini dianggap bermanfaat sebagai ramuan penjagaan kulit.
3) TimeWise® Replenishing Serum+C mempunyai faedah yang dapat membantu.
4) Serum yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang memperkuat kolagen baru, mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai.
5) Mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membekalkan keanjalan atau “spring " kulit
KESAN PENGGUNAANNYA
1) kulit nampak terangkat dan lebih mudah pulih
2) kulit nampak lebih sihat
3) kulit nampak lebih muda
4) kulit nampak lebih elok
RAMUAN UTAMA DAN FUNGSINYA
Ekstrak Buah Delima (Punica granatum)
* Buah delima sering dirujuk sebagai “buah super” kerana ia mengandungi banyak jenis vitamin. Buah ini mempunyai paras vitamin yang tinggi, vitamin lain dan antioksidan, yang telah digunakan berabad-abad lamanya untuk membantu mengurangkan kesan tekanan pengoksidaan.
Ekstrak Kakadu Plum (Terminalia ferdinandiana)
* Ekstrak ini diperoleh daripada kakadu plum, sejenis buah yang mempunyai kepekatan Vitamin C yang tertinggi. Contohnya, jumlah Vitamin C dalam 3 ½ auns kakadu plum ialah 3000 mg, sementara jumlah yang sama bagi oren hanyalah 50mg. sahaja
Ekstrak Camu Camu (Myrciaria dubia)
* Buah camu camu, iaitu sumber ekstrak ini dikenal pasti mempunyai Vitamin C pada paras kedua tertinggi berbanding dengan mana-mana buah. Pokok camu camu tumbuh subur di hutan hujan Amerika Selatan dan sangat tahan lasak dengan keadaan cuaca ekstrem di sana.
Ekstrak Ceri Acerola Malpighia punicifolia)
* Ceri acerola sangat kaya dengan Vitamin C dan A, dan buah ini telah terbukti mempunyai faedah antioksidan yang kuat.
Ekstrak Beri Anggur Hitam (Ribes nigrum)
* Beri anggur hitam mengandungi paras Vitamin C dan Vitamin lain serta mineral yang tinggi.
Ekstrak Biji Argan (Argania spinosa)
* Sejenis ekstrak bahan botani yang diperoleh daripada pokok argan yang tumbuh di Afrika. Dusun pokok argan menjadi sekatan terakhir di gurun.
CARA MENGGUNAKANNYA
1) Sapukan tiga pam(picit) produk ini secara rata di muka dengan gerakan ke atas dan ke luar.
2) Gunakan tiga pam setiap kali, iaitu tiga pam pada waktu pagi dan tiga pam pada waktu malam.
3) Serum ini juga boleh digunakan di kawasan leher dan garis leher.
** Produk ini tidak boleh digunakan di kawasan mata, maka ia tidak diuji di sekitar mata. Penggunaannya tidak disyorkan di kawasan ini.
4) Sapukan selepas membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit, dan gunalah sebelum Day Solution Sunscreen SPF35, Night Solution dan/atau pelembap.
Wah !!! menarikkan produk ini?
Aza sering di tanya dengan soalan ini
"Aza, ada tak produk Mary Kay yg mengandungi kolagen?"
Jawapannya :
Mary Kay tiada produk kolagen tetapi Mary Kay mempunyai produk yang di rumus khas untuk membantu menguatkan kolagen sediada dan meningkat penghasilan kolagen baru di wajah dan badan kita.
lambakkan produk kolagen di luar bukanlah mengandungi kolagen tapi ramuan di dalam produk2 mereka yg membantu menguatkan lagi kolagen di wajah kita..
Jom kita belajar sikit tentang kolagen yang banyak antara kita salah tafsir ☺..moga dapat membantu kita lebih faham..
10 fakta menarik mengenai kolagen :
1)Kolagen merupakan sejenis protein yang secara semulajadi terbentuk dalam tubuh badan manusia dan haiwan.
2) Secara semulajadi kolagen ini terutamanya terdapat dalam otot dan tisu penghubung (connective tissue) pada manusia dan haiwan vertebrata.
3)Kolagen merupakan komponen paling utama tisu penghubung (connective tissue) dan merupakan protein yang paling banyak dalam mamalia iaitu sekitar 25% -35% kandungan total protein tubuh.
4)Sel yang bertanggungjawab menghasilkan kolagen dipanggil Fibroblast.
5) Kolagen dalam bentuk Fibril ditemukan kebanyakannya pada Jaringan Fibrous (Fibrous Tissue) seperti tendon, ligamen dan kulit.
6)Kolagen juga ditemukan banyak dalam kornea mata, tulang rawan, tulang, salur darah, usus dan cakera pelapik tulang belakang (intervertebral disk)
7)Vitamin C memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen dalam tubuh badan manusia.
8)Setakat ini ada 25 jenis kolagen yang dikenalpasti namun lima jenis kolagen yang sering ditemukan ialah Kolagen Type 1 (kulit, tendon, salur darah, organ dalaman, tulang), Kolagen Type 2 (tulang rawan), Kolagen Type 3 (Reticular fibre- kebiasaannya ditemui bersama kolagen type 1), Kolagen Type 4 (membran sel dasar), Kolagen Type 5 (rambut, uri janin dan permukaan sel).
9) 90% Kolagen dalam tubuh terdiri daripada Collagen Type 1.
10)Kolagen ikan mengandungi banyak Kolagen Type 3 yang merupakan kolagen yang sangat penting dalam membantu kelembutan dan keanjalan pada kulit. Kolagen Type 3 Juga penting dalam proses awal untuk penyembuhan luka.
Jadi berhati-hatilah kita dalam pemilihan produk untuk wajah kita, pastikan anda mendapatkan penerangan yang lengkap sebelum menggunakan produk begitu juga dengan suntikan vitamin C.
Semoga perkongsian Aza pagi ini dapat membantu semua, jam pun dah menunjjukkan pukul 1.30 pagi. Aza cuba lelapkan mata. Selamat Malam semua..Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment